” Ia Mencalarkan Reputasi Kami..” – Sheila Rusly Nafi Curi-Curi Buat Penggambaran

Hiburan

” Ia Mencalarkan Reputasi Kami..” – Sheila Rusly Nafi Curi-Curi Buat Penggambaran

Pelakon dan Penerbit Shiela Rusly yang sedang mengadakan penggambaran drama Roti Cicah Susu di Perak Techno Trade Centre (PTTC), Ipoh, telah diarahkan untuk menghentikan penggambaran oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada 2 Oktober lalu, atas alasan tidak memiliki Sijil Perakuan Penggambaran (SPP).

Along Kamaludin
3 years ago

Pengarah Along Kamaludin Dan Sheila Rusly Terpaksa Gugur Nama Pelakon Tak Ambil Vaksin

Advertisement

Shiela berkata  tindakan yang diambil terhadap JS Pictures bukan sahaja mencalar reputasi syarikat penerbitannya itu, malah, suatu tuduhan berat yang amat mengecewakan.

Sheila Rusly

Pelakon Leftenan Zana itu berkata sehingga hari ini mereka masih belum mendapat penjelasan daripada FINAS berhubungan tindakan itu. Perkara itu disenyapkan begitu sahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku.

FINAS sepatutnya membantu memudahkan kerja kami, bukannya menyulitkan keadaan

Menurut Shiela, sepanjang JS Pictures beroperasi, semua urusan penggambaran dibuat dengan profesional. Tetapi apabila kejadian seperti itu berlaku, ia mencalarkan reputasi mereka seolah-olah mereka curi-curi buat penggambaran.

Tidak puas hati dengan tindakan FINAS, Sheila mendakwa pernah menghubungi pegawai terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun, dakwanya, usaha itu gagal.

Ini adalah maruah kami. Jika betul seperti kami tidak mempunyai SPP seperti yang didakwa, sila kemukakan bukti

Sheila mendakwa masih keliru dengan insiden yang menimpa syarikat produksinya itu. Katanya lagi, dia tidak tahu apakah niat pihak itu jika benar perbuatan ini adalah suatu cubaan mensabotaj syarikat produksi mereka.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...