Pakar bedah dan pensohor media sosial, Dr Amalina Che Bakri baru-baru ini ada menjawab persoalan pengikut media sosialnya mengenai amalan memakai bengkung ketika berpantang.
Kata Dr Amalina, dia tidak mengamalkan amalan itu namun tidak menghalang ibu di luar sana untuk memakainya asalkan bukan dalam satu tempoh yang lama.
Jelasnya lagi, pemakaian bengkung yang terlalu lama dapat memudaratkan kesihatan namun ia dapat membantu menyokong perut dan belakang selepas bersalin.
Namun, memakainya dalam satu tempoh waktu yang lama adalah tidak disyorkan kerana fungsinya yang terlalu ketat.
Bengkung bukanlah alatan untuk menguruskan badan. Anda tidak patut mengenakannya pada setiap hari dan untuk tempoh yang lama kerana ia boleh mendatangkan mudarat.
Katanya, ibu-ibu yang baru bersalin boleh menguruskan badan masing-masing dengan mengambil makanan penuh nutrisi selain mengikut piramid diet yang seimbang dan juga senaman ringan.
Terdahulu, Dr Amalina yang kini menetap di luar negara telah selamat melahirkan cahaya mata pertama, hasil perkahwinannya bersama lelaki pilihan, Alexander Charles pada Mac tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.