Pelakon Anzalna Nasir meluahkan rasa syukur dan bangga atas pelantikan bapanya, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang baharu berkuatkuasa Isnin, semalam.
Menurut Anzalna, sebagai seorang anak, dia berasa amat gembira dengan pengumuman tersebut dan menganggap ia merupakan satu tanggungjawab yang besar bagi memperkasakan industri seni tanah air.
Ini adalah tanngungjawab, amanah besar dan teamwork semua pihak yang akan bersama-sama memacu industri filem kita.
View this post on Instagram
Berita gembira tersebut itu diumum Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) menerusi satu kenyataan media serta pelantikan Md Nasir itu merupakan sebagai pengganti Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang meletakkan jawatan dan mengakhiri tugas berkuatkuasa 15 Oktober 2021 lalu.
Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata dalam satu kenyataan, Md Nasir mempunyai pengalaman yang luas dan ketokohan dalam bidang pengurusan industri kreatif serta pembangunan polisi, tadbir urus dan pendidikan dalam seni budaya di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Sekadar info, Md Nasir mempunyai kelulusan Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Seni dari Universiti Tasmania, Australia pada 2008 serta Pasca Kedoktoran dalam bidang sama dari Universiti Sheffield Halam, United Kingdom pada 2014.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.