“Ia Akan Mengurangkan Tambang Dan Kos Operasi Juga Lebih Jimat” – Tony Fernandes

Travel

“Ia Akan Mengurangkan Tambang Dan Kos Operasi Juga Lebih Jimat” – Tony Fernandes

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata tambang penerbangan AirAsia dijangka dapat dikurangkan sekiranya cadangan pengambilalihan AirAsia X Bhd (AAX) ke atas pernigaaan penerbangan Capital A dimuktamadkan.

Menurut Berita Harian, Tony berkata, inisiatif tambang lebih rendah yang dapat ditawarkan itu selaras dengan penjimatan kos operasi sehingga 15 peratus bakal diperoleh menerusi penggabungan AAX.

Advertisement

TONY

Banyak manfaat yang bakal diperoleh apabila AAX digabungkan dengan kumpulan penerbangan Capital A. Yang jelas ia memberi kekuatan kepada AirAsia itu sendiri. Armada pesawat bertambah di mana AAX turut memerlukan pesawat badan sempit AirAsia dan begitulah sebaliknya (pesawat badan lebar AAX). 

 

Saya menjangkakan pengambilalihan AAX ke atas perniagaan penerbangan kumpulan juga akan memberi nilai tambah kepada pelanggan kami. Ia akan mengurangkan tambang dan kos operasi juga lebih jimat. Saya mengharapkan perkembangan positif dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) AAX.

Difahamkan, pengambilalihan itu dapat membawa operasi jarak pendek dan sederhana di bawah satu kumpulan penerbangan sekaligus mewujudkan rangkaian perjalanan udara tambang rendah yang lebih padu, cekap dan meluas.

air asia

Tony turut menggesa kerajaan supaya menyediakan peruntukan lebih tinggi kepada Kementeria Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan di Parlimen Jumaat ini.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

THAILAND
1 month ago

“Saya Percaya Ramai Rakyat Malaysia Akan Pergi Ke Thailand..” - Berlaku Pengeboman, KP Negara Minta Rakyat Kaji Situasi Negara Dahulu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...