Pelakon, Fatin Afeefa sebak apabila impiannya untuk melihat anak sulungnya bergelar penghafaz Al-Quran bakal terlaksana selepas menghantar anaknya, Adam Aisy Arrian untuk menyambung pengajian ke sekolah tahfiz.
Menerusi sebuah hantaran yang telah dibuat oleh pusat tahfiz tersebut di aplikasi TikTok, ia memaparkan Fatin bersama suaminya, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai sedang memerhatikan Adam yang sedang membaca lafaz janji.
Dalam lafaz tersebut, Adam berjanji untuk bekerja keras sehingga berjaya menjadi seorang hafiz Al-Quran dalam tempoh setahun.
Menerusi video tersebut, kelihatan pelakon itu tidak dapat menahan air mata saat melihat anaknya membaca lafaz janji berkenaan.
Ia adalah tangisan yang penuh makna, lahir dari lubuk hati seorang ibu dan ayah di dunia realiti saat menghantar anak mereka ke tahfiz.
Pusat tahfiz tersebut turut mengucapkan tahniah kepada pelakon tersebut dan suaminya kerana telah memilih untuk berada dalam perjuangan ini bersama anak mereka.
@akademiakmal Ia adalah tangisan penuh makna, lahir dari lubuk hati seorang ibu dan ayah di dunia realiti, saat menghantar anak mereka ke tahfiz. Perjuangan kini bermula. Beruntunglah ibu bapanya dikurniakan anak yang berada di jalan menghafal Quran. Tahniah Puan Fatin Afeefa dan suami kerana telah memilih untuk berada dalam perjuangan ini bersama anak. Moga Allah permudahkan langkah mereka 🤲🏻✨ #akmalspeedtahfizprogramme #hafizsetahun #akademiakmal #tahfiz #tahfizakmal #alquran #hafizquran #30juzuk #fatinafeefa #hafizquran #fyp #sahamakhirat ♬ original sound – Akademi Al-Quran AKMAL