Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Ia Adalah Pilihan Saya” – Nabila Razali Harap Pihak Pengurusannya Tidak Dipersalahkan

nabila razali

Walaupun sudah mencuba yang terbaik namun nampaknya nasib tidak menyebelahi Nabila Razali apabila nyanyiannya menerima kritikan netizen pada pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 baru-baru ini.

Bahkan insiden itu tular di serata media sosial sehingga ramai rakan-rakan artis yang memberikan kata sokongan buat gadis itu selain memuji keberaniannya.

Advertisement

Selepas dibanjiri dengan pelbagai kritikan, Nabila Razali akhirnya bersuara dan berharap agar orang ramai supaya tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kesilapannya itu menerusi sebuah entri di Instagram.

nabila razali

Jelasnya, keputusan untuk berdiri di pentas berprestij itu merupakan pilihannya sendiri dan tidak dipaksa oleh pihak pengurusannya

Advertisement

Malah Nabila menyatakan bahawa dia tidak menyesal dengan pilihan yang dibuat itu dan menganggap bahawa ia ialah satu proses pembelajaran buatnya sebagai seorang penyanyi.

“Ia adalah keputusan saya untuk berada di pentas itu dan saya menikmati setiap saat yang berlalu tanpa menyesal. Tolong jangan salahkan pengurusan saya kerana mereka bekerja keras untuk capai impian saya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ??? (@nabila.razali)

Dalam pada itu, Nabila turut berterima kasih atas sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan daripada orang ramai buatnya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    March 19, 2021 at 4:45 pm

    Pujian yang menjatuhkan kualiti. Tak dinafikan, persembahan NR dalam AJL 35 jauh dari sempurna. Kualiti persembahannya dengan jelas sekali tidak sesamanya layak untuk mendapat sebarang pujian kerana kesalahannya berbentuk major. Justeru, pujian yang diberikan hanya sekadar simpati, menetapkan kadar persembahan NR yang terburuk sebagai yang terbaiknya. Beliau berani keluar dari zon selamatnya, sewajarnya bersedia dengan risiko2 yang bakal dihadapi.

  2. Anonymous

    March 19, 2021 at 9:09 am

    Knp bitter sangat ni. Mmg die trime pon kritikan dengan hati terbuka. Sape kau nk judge hati orang sokong ikhlas ke tak? Malaikat ke kau boleh tahu isi hati orang? Ak rase suare die ok je kalau kne lagu n genre die. Kalau nk kire yuna pon x leh tarik high pon sbb tu die buat lagu yg slow2 utk die. Tp nabila ni org buat lagu tuk die, bukan die buat sendiri. Lg pon baguslah die step out of her comfort zone utk cabar diri blajar vokal try lagu yg tinggi2. Ak budak seni uitm pon rase ok je suare die dr. Aisyah malam ajl tu lagi la try hard nyanyi lagu ct tu sampai hancur lagu tu. Ct sendiri pernah terkucil mase perform kat abpbh. Dan kau? Duk semak comment kat sini nabila x bace pon comment kau yg hingusan x tau ape2. Jangan jadi bodoh duk kutuk2 orang sbb kau tu lagi hina dan jijik dari org yg kau hina tu. Dan kau tu lebih jijik dr binatang

  3. Anonymous

    March 19, 2021 at 9:02 am

    bosan la tak abis2 kisah die ni. move on la nara pon. banyak lagi kisah menarik

  4. Anonymous

    March 18, 2021 at 8:46 pm

    Terima je la kritikan, byk yg menyokong tu seperti sokong membawa rebah. Tak ikhlas pun. Memang nyanyian bukan bidang kau, cari la bidang lain. Jgn la nak salahkan netizen. ramai lagi yg berbakat tapi tak berpeluang je.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top