Walaupun sudah mencuba yang terbaik namun nampaknya nasib tidak menyebelahi Nabila Razali apabila nyanyiannya menerima kritikan netizen pada pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 baru-baru ini.
Bahkan insiden itu tular di serata media sosial sehingga ramai rakan-rakan artis yang memberikan kata sokongan buat gadis itu selain memuji keberaniannya.
Selepas dibanjiri dengan pelbagai kritikan, Nabila Razali akhirnya bersuara dan berharap agar orang ramai supaya tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kesilapannya itu menerusi sebuah entri di Instagram.
Jelasnya, keputusan untuk berdiri di pentas berprestij itu merupakan pilihannya sendiri dan tidak dipaksa oleh pihak pengurusannya
Malah Nabila menyatakan bahawa dia tidak menyesal dengan pilihan yang dibuat itu dan menganggap bahawa ia ialah satu proses pembelajaran buatnya sebagai seorang penyanyi.
“Ia adalah keputusan saya untuk berada di pentas itu dan saya menikmati setiap saat yang berlalu tanpa menyesal. Tolong jangan salahkan pengurusan saya kerana mereka bekerja keras untuk capai impian saya.”
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Nabila turut berterima kasih atas sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan daripada orang ramai buatnya.