Filem kontroversi, Mentega Terbang terus menjadi bualan hangat netizen Malaysia selepas banyak memaparkan babak yang mengundang kemarahan orang ramai.
Tidak ketinggalan, penyanyi dan aktivis kemanusiaan iaitu Caprice turut meluahkan rasa bimbang dengan kandungan di dalam filem tersebut yang seolah-olah mempersendakan agama Islam.
Bukan itu sahaja, Caprice atau nama sebenarnya Ariz bin Ramli kecewa dengan tindakan pihak produksi yang tidak mengendahkan nasihat dan teguran orang ramai.
Surat saman dah keluar guys, dari pihak filem, Cap tak tahu nak cakap apa dah. Kita dah cuba bagi nasihat, pendapat, dan nak bantu tapi pihak sana tak nak ambil macam mana.
Meninjau di ruangan komen, seorang pengguna turut meluahkan rasa terkejut dengan beberapa babak dalam filem berkenaan yang memaparkan pelakon utama bertindak memakan pau berinti khinzir dan meminum ‘Holy Water’.
Menurut individu tersebut, sebagai seorang penganut agama Kristian dia sangat menghormati agama Islam dan memaklumkan mereka tidak meminum ‘Holy Water’ seperti yang ditunjukkan oleh pelakon berkenaan.
Info tambahan, sebanyak tujuh NGO telah membuat laporan polis terhadap penerbitan filem Mentega Terbang serta menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan.
Malah, Menteri Komunakasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan filem tersebut bakal diambil tindakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.