Tular di media sosial baru-baru ini apabila pelakon sensasi, Zarina Anjoulie memaklumkan dia ada membuat video bersama pempengaruh kontroversi Daddy Ash di Telegram.
Tidak mendedahkan lanjut mengenai kandungan sebenar video tersebut, Zarina menerusi beberapa hantaran live TikTok mengakui dirinya sudah sendu dan perlu cari makan bagi menyara kehidupan
Malah, Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju itu ada memberi ‘teaser’ mengenai kandungan video bersama Daddy Ash itu di telegram.
Pengikut dikhabarkan perlu membayar sejumlah wang bagi tujuan ‘subscribe’ video yang diletakkan dalam mod khas dan rahsia itu.
I will show you my private life, behind the scenes of me. Anju tak suka buang masa, so kalau nak terus payment je. RM133.33 only for the first 1000 subscribers.
Terdahulu, nama Zarina kembali menjadi bualan selepas memuat naik video bersama seorang individu dikenali sebagai Hot Daddy.
Dalam rakaman itu, Zarina dilihat berbual bersama beberapa wanita di dapur, namun kemunculan Hot Daddy mencuri perhatian ramai kerana sebelum ini pernah dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral serta menjadi buruan polis.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.