“I Terima Kalau You Datang Balik” – Syakilla Menangis, Netizen Kata Fizi Ali Cepat Sangat ‘Move On’?

Hiburan

“I Terima Kalau You Datang Balik” – Syakilla Menangis, Netizen Kata Fizi Ali Cepat Sangat ‘Move On’?

Sedia maklum, masjid yang dibina oleh pelakon Shakila Khoriri dan penyampai radio, Fizi Ali tidak dapat bertahan lama setelah mereka mengumumkan penceraian setelah 4 tahun bersama.

Shakila atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri baru-baru ini ada bercakap tentang topik yang sememangnya ramai bertanya iaitu mengenai perasaannya selepas bercerai dengan bekas suami dalam satu wawancara.

Advertisement

‘Interview’ tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTokTikTok dan ia memaparkan pelakon tersebut menangis semasa mengulaskan berkenaan perasaannya.

Menurut Shakila, beliau mengakui masih menyayangi Fizi dan tidak menolak takdir jika masih mempunyai jodoh untuk bersama. Malah, Shakila sambil menangis berkata dia akan terima dengan hati terbuka jika Fizi ingin kembali dengannya.

Luahan pelakon tersebut telah meraih perhatian warganet dan rata-ratanya bersimpati atas apa yang telah berlaku serta kesian apabila melihat wanita itu menangis.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang ‘menuding jari’ kepada Fizi dengan berkata dia akan berasa menyesal satu hari kelak kerana ‘move on’ terlalu cepat dan ingin mencari pengganti.

Komen tiktok

Sekadar info, Shakila dan Fizi mendirikan rumah tangga pada tanggal 18 Februari 2018 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama, Ameena Sofia.

Fizi Ali
3 years ago

"Siapa Dia Biarlah Rahsia.." - Fizi Ali Akui Sedang Mengenali Seseorang, Bersedia Untuk Ke Fasa Lebih Serius

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...