Warga Media Berang Dengan Komen-Komen Berunsur Lucah Di Lazada

Trending

Warga Media Berang Dengan Komen-Komen Berunsur Lucah Di Lazada

Membeli barang atas talian pada zaman sekarang telah banyak memudahkan orang ramai yang tiada masa untuk keluar membeli barang di tempat tersebut. Dengan adanya aplikasi seperti Lazada, ramai pengguna membeli barangan yang dijual olehnya syarikat atas talian ini.

Sebagai pembeli,  sebelum membeli sesuatu produk di atas talian pasti kita semua lihat  review terlebih dahulu daripada orang untuk mengetahui respon mereka mengenai produk yang dibeli atas talian.

Advertisement

Tetapi menurut seorang pengguna Twitter iaitu @UncleJambang14 ramai warga Malaysia memberi komen yang bukan-bukan pada review barangan semasa beliau melihat review barang yang dibeli di  Lazada.

Dalam beberapa hari lalu beliau ada menulis tentang komen warga Malaysia ini dalam bebenang Twitternya.

Beliau  meluahkan perasaanya yang sangat geram dengan semua komen yang hanya ikut nafsu sahaja, kerana ia tidak akan membantu para pembeli langsung.

Katanya, beliau berharap pihak Lazada untuk mengharamkan komen-komen lucah dan tidak patut serta menyarankan pihak Lazada membenarkan komen berkaitan dengan produk itu sahaja.


Tweet beliau mendapat 1200 lebih tanda suka dan dikongsikan balik lebih dari 2800 warga maya di Malaysia.

Bukan itu sahaja, pengguna di Lazada juga tidak suka dengan komen-komen yang diberikan.

Menurut seorang pengguna di Lazada, ini kali pertama beliau lihat komen-komen pelik kerana di Amazon, taobao tiada komen seperti ini.

Lazada turut memohon maaf dan akan mengambil beberapa langkah untuk memastikan kesilapan ini tidak akan berulang lagi pada masa depan.

Pelik juga dengan mereka yang suka memberi komen berunsur seksual. Apa yang ada dalam pemikiran mereka sebenarnya?

 

Sumber: Twitter 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...