“I Tak Berani Nak Keluar” – Ah Moi Dakwa Akaun Facebook Disekat, Tak Boleh ‘Update’ Hal Baru

Kehidupan

“I Tak Berani Nak Keluar” – Ah Moi Dakwa Akaun Facebook Disekat, Tak Boleh ‘Update’ Hal Baru

Sejak beberapa hari yang lalu, kes curang melibatkan influencer yang juga merupakan seorang usahawan, View Chin memang ‘hangat’ diperkata ramai selepas isteri, Ah Moi membongkar hal tersebut di laman Facebook.

Lagi-lagi ‘penyondol’ tersebut merupakan stafnya sendiri yang juga sering melakukan live TikTok bersama iaitu Mira.

Advertisement

Pendedahan curang itu sememangnya menjadi topik utama bualan netizen di media sosial, mana tidaknya, View Chin dikatakan sering membuat hal-hal kotor bersama Mira di belakang isteri.

Boleh dikatakan pendedahan serta bukti yang dipaparkan oleh Ah Moi meraih perhatian hebat hingga cecah berpuluh-puluh ribu tanda suka serta komen daripada pengguna.

Bagaimanapun, wanita tersebut baru memberitahu akaun Facebooknya itu telah disekat dan disebabkan itu, dia tidak dapat untuk login untuk membuat apa-apa hantaran lagi.

I sekarang tak berani nak keluar. Walaupun nak pergi balai polis I tak berani.

Ketika ini Ah Moi lebih memilih untuk menyembunyikan diri kerana bimbang jika View Chin jumpa dirinya, lelaki terbabit akan membuat perkara yang tidak diingini.

Akhir kata, ibu kepada 3 orang cahaya mata itu berkata kepada netizen untuk tidak terlalu risaukannya dan berjanji akan menjaga diri.

1 year ago

"Saya Dengan Ahmoi Dah Cerai Tahun Lepas" - View Chin Akhirnya Buka Mulut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...