Terbaru, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pembayaran bagi permohonan i-Sinar bagi bulan Mei akan mula dibuat pada 3 Mei 2021 secara berperingkat sehingga 11 Mei 2021.
Sementara itu, pemohon disarankan untuk mendapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli) atau boleh hubungi talian Hotline Khas i-Sinar di 03-8922-4848.
KWSP turut memaklumkan bahawa pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank masing-masing.
Berikut adalah makluman pembayaran bagi permohonan i-Sinar untuk bulan Mei. Kami menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sepanjang proses pembayaran dilaksanakan.#isinar #kwspisinar #kwspinfo #kwspahli pic.twitter.com/ES258ShYCx
— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) May 3, 2021