Baru-baru ini, temubual pelakon, Hisyam Hamid bersama pihak media telah tular di platform Threads, di mana dalam sesi temubual itu dia memberitahu kini lebih berhati-hati apabila berkomunikasi dengan rakan wanita.
Elak gosip tidak betul berlaku
Hisyam berkata sedemikian kerana kini lebih mudah untuk sesuatu hubungan atau interaksi dijadikan satu cerita di mata orang ramai dan perkara itu yang ingin dielak olehnya.
I sekarang ni kena lebih berhati-hati bila berkomunikasi atau berbaik-baik dengan kawan wanita sebab I tak nak ada gosip yang tak betul.
View this post on Instagram
Nak jaga hati anak-anak
Dalam pada masa yang sama, dia ingin elakkan hal tersebut berlaku kerana ingin menjaga hati anak-anaknya daripada gosip yang tidak sahih.
Yang paling best, anak buah I tanya sejak bila uncle dah kahwin sebab ada orang komen ‘Hisyam dah tak duda, dia dah kahwin dengan orang biasa-biasa..’ orang mana pula.
Sekadar info, Hisyam Hamid pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas isteri, Rosmawati Hanafi lebih 20 tahun tetapi perkahwinan tersebut terlerai pada tahun lalu.