Pelakon Scha Elinnea dikritik sesetengah individu selepas mengeluarkan kenyataan yang dikatakan seperti menggalakkan orang ramai melakukan perkara yang dilarang dalam Islam.
Menerusi video temu bual yang dikongsikan di Instagram, aktres berusia 26 tahun itu memberi respon dan menjawab dakwaan melakukan pembedahan plastik.
Tak ada masalah nak buat plastic surgery
Kata Scha, dia lebih memilih untuk tidak berkongsi atau menghebohkan perkara tersebut kepada orang ramai dan berkata tidak salah bagi seseorang untuk membuat begitu sekiranya mahu rasa lebih yakin.
I rasa tak ada masalah pun orang kat luar sana nak buat pembedahan plastik untuk naikkan keyakinan. Why not? Tapi I tak membenarkan benda yang salah. Salah tetap salah, tapi kalau korang nak buat, it’s up to you.
View this post on Instagram
Jangan buat main soal hukum agama
Hantaran itu meraih perhatian segelintir netizen yang menghentam kata-kata Scha tentang melakukan pembedahan plastik kerana ia sudah tentunya haram di sisi agama Islam.
Jangan normalise lah benda yang tak halal dalam agama. Hukum hakam jangan buat main.
Dalam pada itu, beberapa individu pula memuji kecantikan Scha dan akui pelakon tersebut mempunyai wajah yang jelita walaupun sebelum melakukan prosedur berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.