Sebelum ini jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mencalonkan diri untuk mengambil posisi Perdana Menteri Malaysia yang Ke-9, kerana itu netizen telah memetik nama Nur Sajat bagi menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Walaupun itu cuma gurauan netizen sahaja, namun hal itu telah menarik perhatian Sajat yang turut memberi reaksi apabila namanya disebut untuk menjadi TPM.
Of course! I layak kot, I ni berjiwa rakyat! Memang ramai yang tunggu saya naik jadi TPM. Gitew.
Terdahulu, Aliff Syukri berkongsi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri dengan memuat naik borang permohonan bagi menyandang jawatan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Kerana hantaran tersebut, netizen telah mengecam dan berseloroh jika beliau menyandang jawatan tersebut. Ibunya sendiri iaitu Bonda Rozita turut meninggalkan komen menentang niat anak lelakinya itu dan nekad akan menjadi pembangkang sekiranya Aliff menjadi pemimpin negara.