“I Minta Maaf Sayang..” – Punca Kematian Difitnah, Shuib Janji Akan Bersihkan Nama Arwah Siti Sarah

Hiburan

“I Minta Maaf Sayang..” – Punca Kematian Difitnah, Shuib Janji Akan Bersihkan Nama Arwah Siti Sarah

Seperti yang ramai tahu, pemergian penyanyi, Allahyarham Siti Sarah telah dikaitkan dengan konspirasi teori vaksin Covid-19 dan ‘Freemason’ oleh beberapa individu.

Bukan itu sahaja, mereka turut mendakwa suaminya iaitu Shuib turut terlibat dengan ahli kumpulan ‘Freemason’ dan secara tidak langsung menjadi punca kematian isterinya.

Advertisement

Terkini, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad telah mengambil tindakan dengan bersemuka individu yang menabur fitnah terhadap dirinya dan arwah isteri.

Dalam hantaran di aplikasi TikTok, pelawak berusia 38 tahun itu memohon maaf kepada arwah isterinya memandangkan punca kematiannya menjadi bahan fitnah.

Orang cakap macam-macam tentang you, orang fitnah you tentang perkara yang langsung tak masuk akal.

Malah, Shuib berkata dia juga akan cuba sehabis baik untuk membersihkan nama arwah Siti Sarah.

Allah maha hebat, Allah akan ada sentiasa bersama kita. Doakan I dari sana. Al Fatihah.

@shuibsepahtu

I minta maaf sayang,,Orang cakap mcm2 tentang U,Orang Fitnah U tentang perkara yg langsung tak masok akal.InsyaAllah I akan cuba sehabis baik utk bersihkan nama U Sayang.Allah maha hebat,Allah akan ade sentiasa bersama kita.Doakan I dr sana ? Al Fatihah Buat Siti Sarah Bt Raissuddin

? original sound – Shuib Sepahtu – Shuib Sepahtu

Sebelum ini, individu yang menuduh pelawak itu sebagai salah seorang ahli konspirasi teori atau Freemason mendakwa dia hanya berkongsi semula komen daripada netizen.

Dalam pada itu, dia juga telah mengakui kesilapannya kerana tidak meletakkan sumber asal sekaligus mengundang kemarahan orang ramai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shuib
10 months ago

(VIDEO) Individu Tuduh Shuib Ahli 'Freemason' Dakwa Hanya 'Copy Paste' Komen Daripada Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...