“I Masih Sayang Dia Tapi I Kesiankan My Husband” – Bercinta Dengan Suami Orang, Wanita Mengadu Buntu Nak Akhiri Hubungan Sulit

Kehidupan

“I Masih Sayang Dia Tapi I Kesiankan My Husband” – Bercinta Dengan Suami Orang, Wanita Mengadu Buntu Nak Akhiri Hubungan Sulit

Perkongsian seorang wanita menerusi laman sosial X meraih perhatian dan mengundang pelbagai respon warganet.

 

Advertisement

Tak buat perkara tak senonoh, hanya mesej

Berdasarkan luahannya, wanita itu mengadu buntu bagaimana mahu mengakhiri hubungan sulitnya dengan bekas teman lelakinya yang kini sudah pun berumah tangga.

Tambahnya, mereka berdua akui masih saling menyayangi namun pada masa yang sama dia juga enggan melukai hati suaminya. Namun, jelas wanita itu dia dan bekas teman lelakinya tidak melakukan perkara tidak senonoh sebaliknya hanya berbalas mesej.

Saya isteri orang yang ada hubungan (sulit) dengan suami orang. Dia adalah bekas teman lelaki saya. Kami berdua tak ada anak lagi. Hubungan kami hanya berbual dan bercakap di telefon. Tak ada lebih lebih.

couple

 

Macam mana nak break up? Kesiankan suami

Meskipun hanya berkomunikasi dengan cara begitu namun kedua-duanya akui sayang antara satu sama lain.

Namun wanita itu masih mempunyai rasa bersalah terhadap suami kerana mengkhianatinya dan akui buntu bagaimana mahu menamatkan hubungan terlarang ini.

Dia cakap masih sayang I dan I pun masih sayangkan dia. I tak tahu macam mana nak akhiri hubungan ini. I kesiankan suami I. Tolong I.”

Luahan wanita itu mengundang pelbagai kritikan warganet dan ramai yang mempersoal tindakan mereka mengahwini pasangan masing-masing sedangkan masih mempunyai rasa sayang.

Dalam pada itu, segelintir individu menasihati dan memberi cadangan kepadanya bagaimana untuk memutuskan hubungan tersebut.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...