“‘I Love You So Much’, Saya Masih Tunggu Kat Sini” – Sarah Dedah Ruhainies ‘Brain Wash’ Aliff, Rancang Jatuhkan Bella

Hiburan

“‘I Love You So Much’, Saya Masih Tunggu Kat Sini” – Sarah Dedah Ruhainies ‘Brain Wash’ Aliff, Rancang Jatuhkan Bella

Kecoh di media sosial hari ini apabila seorang wanita mendakwa dirinya adalah kekasih gelap kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz.

Wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine itu membuat pendedahan berkenaan kerana enggan lagi melihat Aliff terus dikecam warga maya tanpa mengetahui kisah sebaliknya antara dia dan Ruhainies sebelum ini.

Advertisement

aliff aziz sarah yasmine
8 months ago

"NRF Dalang Membolak Balik Rumahtangganya" - Kecewa Ditipu, Individu Akui Wanita Simpanan Aliff Aziz Sejak Januari 2024

Dalam hantaran tersebut, Sarah mendakwa Aliff menumpang di rumahnya setelah ditahan JAWI gara-gara kes khalwat bersama Ruhainies dan masih meneruskan penggambaran drama yang kini sedang berlangsung bersama aktres itu.

Malah, Sarah mendakwa Ruhainies seolah-olah telah ‘brain wash’ Aliff dan mempunyai perancangan jahat terhadap isteri Aliff iaitu Bella Astillah.

Hancur hati saya melihat perbualan itu dan melihat semua perancangan jahat NRF (Ruhainies) untuk menjatuhkan Bella, dan mempengaruhi Aliff untuk berbuat perkara yang tidak sepatutunya sebagai seorang suami Bella yang masih sah.

Saya teruskan melihat perbualan Aliff bersama NRF. Alangkah terkejutnya saya melihat rancangan-rancangan NRF untuk membolak balikkan hati Aliff kepada Bella.

Kata Sarah, dia berasa kecewa dengan tindakan Aliff yang masih meneruskan hubungan bersama Ruhainies dan dalam pada masa yang sama bercinta dengan dirinya.

Wanita itu juga telah menunjukkan tangkap layar perbualan mesra Aliff dan Ruhainies meskipun kejadian memalukan itu berlaku terhadap mereka.

Dia juga dilihat memohon maaf kepada Bella kerana telah menjalinkan hubungan dengan Aliff Aziz di belakangnya.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...