“I Love You A Trillion” – Hadir Di Sebuah Acara Bersama, Cinta Kaka Azraff & Bekas Suami Kembali Berputik?

Hiburan

“I Love You A Trillion” – Hadir Di Sebuah Acara Bersama, Cinta Kaka Azraff & Bekas Suami Kembali Berputik?

Penyanyi, Kaka Azraff dan bekas suaminya, Adam Azriff dilihat hadir bersama-sama di sebuah acara yang berlangsung pada Rabu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Story milik bekas suami penyanyi itu, ia memaparkan dirinya bersama Kaka kelihatan begitu mesra bersama.

Advertisement

kaka azraff dan adam azriff

Adam juga turut memuat naik gambar mereka di acara tersebut dengan kapsyen yang begitu romantis.

Apabila mereka kata segalanya sudah pun tertulis, saya berdoa pada Allah agar namamu tertulis disisiku.

 

I love you a trillion, Kaka Azraff.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @helloadamazriff

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen teruja dan gembira melihat pasangan itu kembali mesra.

Ada juga netizen yang mendakwa mereka sudah kembali bergelar suami isteri.

Sebelum ini, media melaporkan ada khabar angin mengatakan pasangan artis popular sudah kembali rujuk semasa masih dalam tempoh idah.

Sekadar info tambahan, Kaka dan Adam telah sah bercerai talak satu dan pengesahan lafaz cerai itu difahamkan dilakukan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam pada 28 Oktober yang lalu.

Kaka azraff bercerai
3 months ago

6 Tahun Nikah, Kaka Azraff Dan Suami Bercerai Talak Satu Hari Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...