Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“I Love Him With All My Heart, In Return Allah Gave Me Priceless Aleesya”- Laudya Cynthia Bella

Setelah berbulan-bulan menutup rapat kisah cinta mereka, Engku Emran dan pelakon Indonesia, Laudya Cythia Bella telah selamat melangsungkan pernikahan pada Jumaat, 8 September di Kuala Lumpur.

Apa yang menarik, Laudya sangat mensyukuri kehadiran Aleesya, anak Engku Emran dengan isteri, pelakon Erra Fazira dan meluahkannya di Instragram.

Advertisement

Tulis Laudya:

Saya cintakan Dia sepenuh hati, sebagai balasan Allah memberikan saya harta yang tidak ternilai iaitu Aleesya.


Dia juga meluahkan rasa cinta kepada Engku Emran dengan romantis sekali:

Saya jatuh hati dengan cara abang mencintai Allah, dengan cara abang mencintai saya, cara mencintai keluarganya.

Lebih lagi dengan cara abang mencintai Aleesya, sosok laki-laki yang saya inginkan untuk memimpin dan melindungi anak-anak saya dan abang nanti.

Instagram post by Laudya Cynthia Bella * Sep 10, 2017 at 1:40pm UTC

511.9k Likes, 5,772 Comments – Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on Instagram: “I love him with all my heart. And in return, Allah gave me a priceless treasure. “Aleesya” ???? #BAE”

Advertisement

Sebelum ini, Laudya diketahui beberapa kali putus cinta manakala  mahligai perkahwinan yang dibina Engku Emran bersama Erra Fazira tidak berkekalan. KIta harapkan penyatuan mereka berdua akan kekal ke akhir hayat. Bukan senang untuk menemui seorang ibu tiri yang sayangkan dan menerima anak tirinya seikhlas hati.

Yang pasti gambar-gambar yang bakal dimuat naik oleh Emran di akaun Instagramnya kini bukan hanya gambar berdua dengan anak perempuannya, kini ada sinar baru dalam kehidupan mereka iaitu Laudya.

Sumber gambar: Instagram Laudya Cynthia Bella

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top