Kecoh seketika di media sosial apabila aktres Shakilla Khoriri dituduh berzina dengan lelaki bergelar suami orang.
Menurut wanita itu, Shakilla ada melakukan perbuatan terkutuk itu sebelum aktres berkenaan berang dan ada mengajak individu itu untuk bertemu empat mata di Terengganu.
Shakilla bertindak demikian kerana ahli keluarganya tidak senang duduk apabila berita seperti itu dan inginkan penjelasan yang sewajarnya.
Setelah kecoh, wanita berkenaan tampil memohon maaf kepada Shakilla di atas fitnah yang dilemparkan di media sosial itu.
Bekas isteri kepada penyampai radio Fizi Ali itu kemudian berkongsi tangkap layar permohonan maaf wanita itu di Instagram miliknya sebentar tadi.
Shakilla juga sempat menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati apabila meninggalkan komen di media sosial.
Namun tidak lama kemudian, Shakilla dilihat memadam perkongsian tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.