I Kerja Keras Bukan Untuk Pergi Lepak Mamak – Instafamous Muak Bercinta Dengan Lelaki Melayu

Trending

I Kerja Keras Bukan Untuk Pergi Lepak Mamak – Instafamous Muak Bercinta Dengan Lelaki Melayu

Setiap orang mempunyai citarasa mereka sendiri terutamanya golongan wanita dalam bab memilih pasangan hidup. Ada yang tidak mementingkan rupa, asalkan hati seorang lelaki itu baik dan ada pula yang sebaliknya.

Namun, agak berbeza pula buat seorang Instafamous ini. Dikenali dengan nama Darling Sara ataupun Sara Anna, dia memuat naik sebuah video pengakuan menyatakan mengapa dia tidak mahu berpacaran dengan lelaki Melayu.

Advertisement

sara anna

Alasannya yang pertama adalah kerana dia tidak suka ‘dating’ di kedai mamak dan lebih gemar untuk menikmati makan malam di restoran mewah atau ‘fine dining’. Sara juga lebih suka jika menerima kejutan contohnya hadiah istimewa daripada pasangan.

“Bukan memilih, I kerja keras bukan untuk lepak mamak. I nak fine dining”

 

 

Bukan itu sahaja, Sara yang juga merupakan seorang ahli perniagaan, mengakui dirinya yang semula jadi mengada-ngada dan manja juga sering menjadi punca mengapa lelaki Melayu tidak dapat bertahan apabila bercinta dengannya.

darling sara muak lelaki melayu

Memang berani juga Sara untuk buat kenyataan sebegitu. Tetapi, seperti biasa apa yang dikatakannya itu mengundang kontroversi dan kecaman.

“Cakap je la nak lelaki ada duit”

instafamous sara annafine diningsara annafine dining mamakfine dining

Rata-rata netizen melabelkan Sara seorang gadis yang terlalu mengada-ngada dan hanya ingin memilih lelaki berduit sahaja. Umum mengetahui, bukan calang-calang lelaki yang boleh bawa makan di tempat mewah dan selalu beri hadiah istimewa, poket mestilah penuh atau berkepuk kan?

“Sekurang-kurangnya dia jujur, takde nak berlapis-lapis”

sara anna

Walaubagaimanapun, ada juga yang bersetuju dengan kenyataan Sara kerana dia tidak hipokrit serta jujur.

Pengalaman buruk dengan lelaki Melayu

darling sara

Selepas menerima pelbagai reaksi daripada netizen, Sara akhirnya tampil bersuara dan menyatakan bahawa dia sebenarnya sudah muak untuk bercinta dengan lelaki Melayu. Serik apabila dirinya dipermainkan berulang kali.

Ramai cuba ambil kesempatan sebab mereka tahu saya siapa. Baru-baru ini pun saya keluar dengan lelaki Melayu, lepas itu dia ajak pergi lepak mamak. Saya ikutkan saja.

Saya sebenarnya jenis tidak kisah nak lepak mamak tapi bila time nak bayar tu dia buat dek je. Awak pun tengah ngorat perempuan tapi saya pula yang kena bayar. Itu tak baguslah.

sara anna mat salleh

Apa pula pendapat anda? Kalau tanya penulis, semestinya bab hati dan karakter seseorang itu lebih diutamakan. Namun, lain orang, lain minatnya. Terpulanglah kepada keinginan masing-masing.

Sumber Berita : Twitter & Mstar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...