i-Citra Guna Simpanan Akaun 2, Tak Cukup Baru Guna Akaun 1

Trending

i-Citra Guna Simpanan Akaun 2, Tak Cukup Baru Guna Akaun 1

Sejajar dengan pelan pemulihan ekonomi negara, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu yang dipanggil i-Citra.

Menerusi program ini, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 selama 5 bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan ahli.

Advertisement

3 years ago

Ahli KWSP Boleh Keluarkan RM5,000 Lagi Melalui Program i-Citra

Terbaru, KWSP Malaysia menerusi ciapan di Twitter menjelaskan pengeluaran i-Citra akan menggunakan simpanan dalam akaun 2 terlebih dahulu. Jika tidak cukup, simpanan dalam akaun 1 pula akan digunakan.

kwsp icitra

Bersama ciapan tersebut, KWSP turut memberikan tiga contoh situasi sebagai pencerahan. Contoh pertama adalah Adli yang hilang pekerjaan, pengeluaran i-Citra sepenuhnya diambil daripada akaun 2 memandangkan jumlahnya mencukupi.

akaun 2 kwsp icitra

Sementara itu, pengeluaran daripada akaun 1 hanya akan digunakan untuk menampung jumlah yang tidak mencukupi dalam akaun 2. Contoh situasi Adam & Sara.

icitra
icitra

Berdasarkan maklumat di portal rasmi KWSP, ahli boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Walau bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...