Reaksi tergamam dan ‘speechless’ pelakon jelita, Nur Fazura ketika membuat ‘live’ mendapat perhatian ramai.
Fazura yang ketika itu sedang menunjukkan ‘design’ tudung terbarunya dilihat tergamam apabila mendapat tahu ia habis terjual dalam tempoh seminit.
I belum habis cakap, macam mana boleh sold out.”
Reaksi Fazura yang terharu itu tular di aplikasi TikTok dan dia yang terkejut selepas dimaklumkan tudung habis terjual meminta staf menunjukkan bukti kerana risau jika ada yang berkata ia hanyalah propa.
Menggunakan laptop, ibu kepada Fatima itu kemudian menunjukkan bukti bahawa tudung keluaran terbarunya itu memang ‘sold out’.
@fazuramelakaofficial Semua Allah permudahkan Alhamdulillah ??? #fyp #fazura #fattzura #tudungfazura #fypage
? suara asli – Lirik Lagu Folk – The Question Mark | LaguFolk
Menerusi ruangan komen, ramai yang tertarik dengan keperibadian Fazura dan memujinya merendah diri meskipun kaya raya.
Malah, ramai turut suka dengan sikap lemah lembutnya ketika bercakap serta mengaku mereka meminati tudung jenamanya itu.
Bukan itu saja, ada segelintir yang sempat meluahkan bahawa mereka masih belum sempat membeli tudung Fazura kerana setiap kali ‘launching’ pasti cepat saja habis terjual.
Sebelum ini, Fazura mendapat perhatian dan dipuji selepas dia membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk menghadiahkan beg jenama mewah, Coach kepada semua staf.