Masih hangat diperkatakan di media sosial tentang isu perkahwinan kedua Syamsul Yusof dan Ira Kazar yang berlangsung pada 6 Januari baru-baru ini.
Pengakuan Syamsul yang selama ini berdiam diri itu mengundang pelbagai reaksi netizen terutamanya golongan isteri dan tidak terkecuali wanita yang belum berkahwin.
Tular satu video di TikTok menunjukkan seorang wanita memasang niat untuk menjadi isteri ketiga pengarah filem Mat Kilau itu. Menerusi rakaman itu, wanita tersebut memberi ‘amaran’ kepada Ira Kazar untuk berhati-hati kerana dia pula bakal menjadi madunya selepas ini.
Kau sabar jap Ira, baru kau tahu macam mana rasanya lelaki kena rampas. Sabar guys, tengah cari cara macam mana nak rampas Syamsul dari Ira.”
Meskipun ramai tahu dia hanya berseloroh (ke betul?), namun rata-ratanya menerima gurauan itu dan menyatakan sokongan mereka terhadapnya.
Kerana terlalu marah dengan situasi Ira Kazar ini, ramai tak semena-mena menyokong wanita ini untuk ‘menyondol’ agar anak pelakon Kazar itu tahu kesakitan dirasai Puteri Sarah.