Hyundai Elevate, Kereta Berkaki Empat Yang Boleh Merangkak Dan Berjalan

Trending

Hyundai Elevate, Kereta Berkaki Empat Yang Boleh Merangkak Dan Berjalan

Daripada dahulu, apabila bercakap tentang masa hadapan pasti ramai yang membayangkan teknologi baru untuk pengangkutan. Contohnya kereta tanpa pemandu ataupun kereta terbang.

Advertisement

Terbaru, pengeluar kereta Korea Selatan, Hyundai mendedahkan konsep model kereta yang cukup unik yang digelar sebagai Hyundai Elevate.

Kereta berkaki empat ini mampu merangkak dan berjalan seperti robot di atas permukaan yang sulit. Lebih tepat lagi, ia boleh memberikan bantuan kepada golongan kurang upaya dan menyelamatkan nyawa ketika berlaku bencana. Boleh memanjat tembok sehingga lima kaki dan pelbagai fungsi lain tanpa menjejaskan keselesaan penumpang.

Kaki robotik tersebut juga boleh dilipat dan membolehkan Hyundai Elevate bergerak seperti kereta biasa.

Walaupun ia sekadar kereta konsep, tetapi kami harap ia boleh direalisasikan satu hari nanti. Satu idea rekaan yang terbaik dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Apa pula kata anda?

Sumber Berita : The Verge

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...