Daripada dahulu, apabila bercakap tentang masa hadapan pasti ramai yang membayangkan teknologi baru untuk pengangkutan. Contohnya kereta tanpa pemandu ataupun kereta terbang.
Terbaru, pengeluar kereta Korea Selatan, Hyundai mendedahkan konsep model kereta yang cukup unik yang digelar sebagai Hyundai Elevate.
Kereta berkaki empat ini mampu merangkak dan berjalan seperti robot di atas permukaan yang sulit. Lebih tepat lagi, ia boleh memberikan bantuan kepada golongan kurang upaya dan menyelamatkan nyawa ketika berlaku bencana. Boleh memanjat tembok sehingga lima kaki dan pelbagai fungsi lain tanpa menjejaskan keselesaan penumpang.
Kaki robotik tersebut juga boleh dilipat dan membolehkan Hyundai Elevate bergerak seperti kereta biasa.