Hyper Act Buat Pengumuman Di Layan Bawah Bintang Johor Bahru, Bakal Keluarkan Single Terbaru Tak Lama Lagi

Hiburan

Hyper Act Buat Pengumuman Di Layan Bawah Bintang Johor Bahru, Bakal Keluarkan Single Terbaru Tak Lama Lagi

Kumpulan Hyper Act akhirnya tampil dengan berita yang dinanti-nantikan oleh para peminat di mana mereka kini sedang dalam proses menghasilkan single terbaru yang dijangka mula dirakam sekitar Ogos atau September tahun ini.

Ketika ditemui di Pesta Muzik Layan Bawah Bintang Di Johor Bahru, Toy Nizam berkata, mereka bakal kembali ke studio tidak lama lagi.

Advertisement

hyper act perform di layan bawah bintang

Insya-Allah tahun ini juga, sama ada Ogos atau September kita akan start recording dan busy di studio.

Sementara itu, Firman Bansir pula memaklumkan bahawa lagu untuk single tersebut sebenarnya sudah siap. Namun, mereka memerlukan sedikit masa sebelum masuk ke fasa seterusnya kerana masing-masing terikat dengan komitmen kerja tetap.

Lagu memang kita dah siapkan. Berpandukan kepada komitmen masing-masing sebab kita nak rushing pun tak boleh, masing-masing ada kerja hakiki.

Bila ditanya mengenai identiti muzik yang bakal dibawakan, Toy Nizam menegaskan bahawa mereka masih kekal dengan elemen ‘signature’ yang menjadi pengenalan utama lagu-lagu Hyper Act.

 

Kita masih kekalkan trademark kita. Introduction untuk lagu Hyper Act, masuk piano saja orang dah tau itu lagu Hyper Act.

Lebih menarik, kumpulan yang cukup dikenali dengan lagu ‘Harapan’ ini turut menyatakan hasrat untuk mengadakan konsert, dengan harapan ia dapat mengubat rindu para peminat yang sudah lama menantikan kemunculan semula mereka di pentas.

hyper act keluarkan single baru

Mereka juga berharap agar para peminat akan terus menyokong kerjaya mereka dalam industri muzik tanah air.

Teruskan sokong kami, sokong apa yang kami buat supaya kami tak hilang dari industri.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

fazura luar biasa
1 week ago

(VIDEO) "Yakin Dan Merdu Suaranya.." - Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul 'Luar Biasa', Kolaborasi Bersama Ade Govinda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...