Hutang Yuran Tertunggak Lebih RM100K, Netizen Kecam Pelajar Perubatan Minta Derma Di Media Sosial

Trending

Hutang Yuran Tertunggak Lebih RM100K, Netizen Kecam Pelajar Perubatan Minta Derma Di Media Sosial

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pengguna Twitter yang memilih untuk mengutip derma di platform media sosial itu. Sudah banyak kes di mana pengguna Twitter meminta sumbangan daripada ihsan netizen di Twitter.

Yang terbaru, seorang pelajar perubatan di  Mesir meminta sumbangan derma bagi melunaskan bayaran yuran pengajian yang tertunggak lebih RM100 ribu.

Advertisement

Saya dahului dengan mohon maaf & mohon jasa baik untuk menghulurkan sedikit sumbangan kepada saya. Walaupun hanya RM1, itu amat bernilai bagi saya untuk mengumpul dana secukupnya sebelum februari 2020.

Bukan satu scam

Permintaannya ini menerima kecaman daripada netizen yang menganggap ianya adalah satu penipuan. Sudah beberapa kali sumbangan derma seperti ini berlaku di Twitter yang tidak dapat dipastikan kesahihannya. Oleh itu, beliau tampil menceritakan perkara sebenar.

Saya di sini ingin menjelaskan beberapa perkara tentang tweet saya sebelum ini. Saya merupakan pelajar tahun akhir University Zagazig Mesir yang baru sahaja menamatkan peperiksaan pada 14hb disember 2016 dan bakal graduate pada 1 march 2020.

Seperti yang sedia maklum saya mempunyai masalah di mana saya mempunyai tunggakan yuran sebanyak 36,000 USD. Untuk makluman semua, saya ke Mesir pada tahun 2012 dengan agensi. Pada mulanya kami dimaklumkan selepas satu tahun pengajian di Mesir, kami boleh mohon bantuan pinjaman/dermasiswa dari JPA, MARA, yayasan dan zakat.

Dengan memohon menggunakan keputusan tahun pertama universiti. Akan tetapi saya tiada rezeki untuk memohon menggunakan keputusan tahun pertama. Kemudian saya cuba lagi untuk mohon menggunakan keputusan tahun kedua saya. Namun masih tiada rezeki kerana JPA dan MARA sudah tidak lagi dibuka permohonan pinjaman/tajaan pelajar di mesir.

Pada masa ini juga, ada option dimana pelajar di mesir boleh transfer credit ke Malaysia akan tetapi selepas diteliti, saya dapati pembelanjaan yuran dan sara hidup di mesir lebih murah banding di malaysia.

Yuran tertunggak 

pelajar perubatan

Sebenarnya yuran tahun 1 dan tahun 2 saya telah pun selesai dibayar. Bermula tahun ke 3, family saya mengalami masalah kewangan sehingga menyebabkan yuran saya tertunggak. Pada tahun 3, saya ada memohon zakat negeri Perak (ayah merupakan anak Perak) namun tidak berjaya

Pada tahun 4 pula, saya cuba untuk mohon Yayasan Kedah ( ibu anak kedah) namun gagal juga. Pada tahun 5, saya telah memohon yayasan Selangor (asal Selangor) tapi semuanya tiada rezeki. Baru-baru ini, saya telah memohon yayasan Kedah semula namun masih belum dapat jawapan.

Ini nampk mencurigakan, sebenarnya memang macam ini suratnya. Yang paling penting adalah tandatangan dan cop dari universiti yang membuatkan surat ini sah di Zagazig University untuk urusan rasmi.

Universiti Zagazig telah membenarkan pelajar yang mempunyai tunggakan untuk masuk exam dan meneruskan pelajaran ke tahun-tahun berikutnya. Tapi dorang akan sekat result, sijil-sijil yang menyukarkn lagi kami untuk mohon pinjaman.

Saya dan keluarga pernah try untuk mohon bank loan akan tetapi ditolak atas sebab faktor umur ibu bapa saya yang akan pencen 2 tahun lagi mengikut syarat bank. Untuk pengetahuan semua, ayah saya terpaksa pencen awal disebabkan faktor kesihatan.

Saya juga telah membuat inisiatif, berkerja sambilan di mesir dengan menjual apam balik di Zagazig. Tetapi tidak mampu untuk menampung yuran saya atas sebab mata wang Mesir yang rendah. Untuk berkerja di Mesir adalah illegal sebenarnya kecuali berniaga sendirian.

Menerima kecaman

Rata-rata netizen memberi kecaman atas tindakan pelajar ini yang dilihat seperti mengambil jalan mudah dengan meminta sumbangan di media sosial. Ada juga yang berpendapat, pelajar ini seharusnya berfikir dahulu sebelum sambung belajar di luar negara.

Setakat ini sebanyak RM 12,567.00  sumbangan telah didermakan kepada pelajar ini oleh netizen Malaysia. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...