Hutang Penghuni Lama, Penghuni Baru Pula Yang Jadi Mangsa

Trending

Hutang Penghuni Lama, Penghuni Baru Pula Yang Jadi Mangsa

Orang lain pinjam, orang lain yang dapat musibah. Begitulah nasib sebuah keluarga apabila kereta jenis Toyota Vios terbakar awal pagi ini disebabkan hutang penghuni lama.

Menurut Harian Metro, kejadian dikatakan berlaku di Jalan Indah 22/5, Taman Bukit Indah yang dipercayai angkara orang bawahan along. Kereta milik mereka yang diletakkan di garaj rumah musnah 50 peratus dan terdapat nota ugutan di kawasan rumah.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, penghuni yang menjadi mangsa ini bebas daripada hutang ceti haram.

Dipercayai penghuni lama pernah berhutang dengan along tetapi penghuni baru menjadi sasaran.

Satu nota ditemukan di tempat kejadian yang berbau ugutan.

Orang yang tak bersalah jadi mangsa, mujurlah tiada apa-apa keceraan yang berlaku pada keluarga mangsa. Kes disiasat Seksyen 453 Kanun Keseksaan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...