Written by AbangNara | July 24th, 2018

Haji adalah rukun Islam yang kelima dan WAJIB ditunaikan buat mereka yang berkemampuan. Di dalam hati setiap umat Islam, memang terpasang niat untuk menunaikan ibadah ini. Namun ada segelintir ibu bapa kita yang tidak sempat menunaikan ibadah haji sepanjang hidup mereka atas sebab-sebab tertentu sehinggalah mereka pulang ke rahmatullah.

PHOTO_BY_16

Masih ramai anak-anak yang tidak tahu tanggungjawab mereka selepas kedua ibu bapa mereka telah meninggal dunia. Adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk menyelesaikan HUTANG rukun Islam yang ke 5 bagi ibu bapa mereka. Apakah dia HUTANG tersebut? Tidak lain tidak bukan mengerjakan Ibadah Haji (bagi yang berkemampuan).

Apabila Ibu bapa anda telah meninggal dunia dalam keadaan masa hidupnya tidak sempat menunaikan Ibadah haji sedangkan mereka mampu untuk melaksanakannya, maka dia meninggal dunia dalam keadaan “terhutang” kepada Allah! Adalah menjadi satu KEWAJIBAN ke atas waris untuk menghajikannya atau mengupah pihak-pihak tertentu.

Untitled-1

Siapakah pula yang dimaksudkan dengan WARIS ini? Tidak lain tidak bukan ialah anak-anak, saudara kepada ibu atau bapa dan mereka yang mempunyai hubungan pertalian darah dengan ibu bapa yang telah meninggal dunia.

Hutang perlu diselesaikan, lebih-lebih lagi jika anak-anak mempunyai kerjaya yang mantap, mempunyai wang yang cukup dan memang mampu mengeluarkan belanja untuk menunaikan haji.

Paling penting, anak-anak tidak perlu rasa terbeban kerana pembayaran “HUTANG” ini boleh dikongsi dengan adik-beradik yang lain. Kalau adik-beradik 7 orang berkongsi untuk menunaikan haji buat arwah ibu atau ayah, sudah tentu ia tidak akan membebankan. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tak akanlah untuk ibu bapa kita tak nak berkorban sedikit wang ringgit kan?

PHOTO_BY_2

Sekiranya anda sedar bahawa ia adalah TANGGUNGJAWAB anda untuk membayar “HUTANG” haji ibu dan bapa anda yang sudah meningggal dunia, jangan lengah-lengahkan lagi pembayaran tersebut. Salah satu agensi yang boleh dipercayai dan boleh membantu ialah EZ KEMBARA SDN BHD.

Syarikat ini telah membantu menyelesaikan hutang haji untuk sebanyak 1182 pendaftaran haji di seluruh Malaysia. Memang EZ KEMBARA SDN BHD berpengalaman luas dan boleh dipercayai 100% untuk membantu anda di dalam bab ini.

Tidak lama lagi musim haji akan tiba dan untuk tahun ke 8 ini, pihak EZ KEMBARA SDN BHD masih membuka ruang dan peluang dengan menyediakan perkhidmatan ini untuk membantu lebih ramai lagi waris yang memerlukan. Pendaftaran untuk tahun ini hanya tinggal 10 hari sahaja lagi. Untuk sebarang pertanyaan, boleh terus telefon ke pejabat di nombor : +603-6184 1542. Atau kalau nak ber’Whatsapp’ pun boleh. Hanya hantarkan sebarang persoalan anda ke Ustaz Azim di : +013-673 9000. InsyaAllah segala persoalan, pertanyaan dan kemusykilan akan dijawab oleh pihak EZ KEMBARA SDN BHD dengan segera.

PHOTO_BY_8

Kalau nak senang lagi, nak puas hati lagi, nak tanya banyak-banyak, nak sembang panjang-panjang, boleh terus ke pejabat EZ KEMBARA SDN BHD di alamat:

EZ KEMBARA SDN BHD
NO. 127, JALAN TIGA,
BATU CAVES CENTREPOINT,
68100 BATU CAVES
SELANGOR
**berhadapan dengan GIANT Batu caves.
**belakang deretan kedai lampu.
**BHP Taman Boltan

Semoga usaha kita untuk menunaikan haji buat arwah ibu dan bapa akan diterima oleh Allah dan memudahkan lagi urusan mereka di alam kubur. Sama-sama kita doakan mereka mendapat haji mabrur. Amin.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 responses to Hutang “Haji” Buat Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia, Siapa Yang Wajib Langsaikannya?

  1. melati says:

    Memperkuda kan Agama..!!!

    3

    0
    • Anonymous says:

      eeuuwwww sangat lah bisnes korang nih… mempergunakan orang yg dah meninggal untuk menagih simpati anak2. maka duit pun masuk poket korang kan??? sama jer ngan bisnes kismis bodoh yang konon dah dibaca ayat quran. dah telan seguni kismis suci pun balik umah bodoh jugak.

      2

      2
  2. melati says:

    Tujuan nk promote

    0

    0
    • wekkkkkkk says:

      promote mcm ni okk..jgn promote ubat2 pelangsingan badan..padahal bdn dh mmg kurus..ha tepuk..
      promote utk kebaikan untuk mereka2 yg berkemampuan utk byr hutang haji bgi ibubapa yg x sempat dn dh “pergi buat selamanya” dn x ada duit selama ini.

      buat jelah utk ibubapa jika ada wang…jgn dikira atau diungkit, pahala hanya Allah yg membalas…walaupun EZ Kembara ada ambil sikit percent.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Mmglh dia kena amik sikit percent(upah)…dh kau buat ngan tabung Haji pun semua kira dh termasuk upah tu semua..kalau X nk bagi kat org buat badal Haji ni…cer kau org ank2 buat sendiri syarat dgn ikhlas hati..jgn berkiralh dgn arwah kedua org tua atau keluarga .sendiri..penat n ssh jgk buat badal Haji ni…

        1

        0
    • Memperkuda kan Agama..!!!

      0

      0
  3. Anonymous says:

    Kalau ibu bapa dulu tidak mampu,tak wajib untuk menunaikan haji.Tak ada istilah ‘hutang’ haji kalau tak mampu.Jangan la sewenang wenangnya guna istilah ‘wajib’ untuk anak2 bayar hutang haji ibu bapa konon tp tujuan nak promote business.

    22

    0
    • Anonymous says:

      First time nampak orang cakap HUTANG haji. Betul ke ada such thing? Mohon pencerahan dari sesiapa yang arif.

      1

      0
      • LolaCola says:

        Yang saya belajar dulu la.. rukun Islam ke lima mmg ada menunaikan haji, tapi bagi yang berkemampuan.. Kalau kau cukup2 makan g haji, then time tunaikan haji anak bini kau kat rumah x cukup makan sampai bergadai/meminjam pun tak dibolehkan..

        8

        0
        • Anonymous says:

          berkemampuan tu bkn duit shj ye..

          1

          0
        • LolaCola says:

          ye berkemampuan tu termasuklah sihat tubuh badan etc… but mostly kekangan nye is duit.. kalau sakit, cacat or etc. kalau ada duit semua boleh upah haji.. or bayar orang untuk tolong temankan time haji..

          0

          0
    • shopia lorren says:

      Ya betul,
      Tiada istilah hutang Haji bagi simati yg tidak menunaikn farfhu haji..tidak wajib bagi anak utk melaksanaknnya ..hanya ank2 yg baik jika ada rezeki atau kudrat boleh membuatkn badal Haji utk kedua ibubapanya. Itu yg sy fhm dlm sy menuntut ilmu agama.. rujuk pd yg Arif utk lbh pencerahan..
      #maafandaisalah

      12

      0
  4. Damia says:

    Jangan negetive sangat! Pada dapat harta pusaka bukan untuk BERJOLI. Bayar hutang2 yg ada termasuk bil2 kad kredit, api, air semua. Upah haji..bukan mahal pon dlm RM2K+ seorang. Ni tak…dpt harta pusaka joli katak, tukar kete, gi holiday bole..pe salah buat badal haji utk makbpak kita? Msa hidup korang tak mampu nak hantar gi umrah/haji…msa ni lah. Percaya lah..tak kan jatuh miskin kuarkan duit buat badal haji ni utk arwah. Nnti Allah ganti dgn rezeki yang tak disangka2. Percaya lah. * Btw..akak bukan agent ye. akak dah buatkan utk both of my parents.

    4

    2
    • Anonymous says:

      mana kau tau orang berjoli guna harta pusaka??? kalau anak guna harta pusaka untuk sambung belajar ke, untuk deposit rumah ke. repair umah kampung ke. kira joli ke?? ngkau tu yg NEGETIVE. bukan orang lain.

      3

      1
      • Anonymous says:

        hanya org yg x mampu berdiri di kaki sendiri je guna harta pusaka. Bila mk bapak dh x ada, atau ada sekalipun, jual semua bagai utk buat deposit rmh, repair rmh, kalau belajar tu x apelah.

        Org2 tua dan nenek zmn dulu2 ssh tebang pokok bsr2 guna kapak, gergaji besar demi mendapat penempatan tempat tinggal..
        bila keturunan sng2 je jual.

        2

        2
        • Anonymous says:

          itulah kehidupan…sepupu sepapat aku ramai yg dah jual tanah. ko sape nak memekak katanya…maka terpulang lah pada masing2. jangan dah gadai tanah masih jugak hidup merempat. yang itu tanggung sendiri.

          2

          0
  5. Hot stuff says:

    Penipu semua ni. Guna ibadah utk buat duit. Helo klu masa hidup mmg tkde niat nk gi haji, maka dah terlepas. Lain la klu ada pesan sblum msuk kubur utk srh anak buatkan sbb masa hidup x mampu dr segi wang or kederat. Klu sengaja mmg kirim salam la. Klu boleh, senang je aku train anak aku utk solat puasa buat hj utk aku. Aku x pyah buat. Kena phm rukun 5 islam tu is individual punya tangungjwb.

    4

    0
  6. Anon says:

    Nara, please check dengan mufti pasal “hutang” ni, jangan main post je. Ada kemusykilan pasal “hutang” ni.

    8

    0
  7. hm says:

    Maaf mencelah. Pernah dengar dalam IKIM, ustaz cakap wajib badal haji untuk ibu bapa yang telah meninggal sekiranya iarwah ada meninggalkan harta. Sekiranya tiada, maka bukan tanggungjawab anak untuk menunaikan badal haji untuk arwah.

    Jadi saya mohon pihak beautifulnara dapat mencari penjelasan tentang isu ini sebab kenyataan artikel ini sangat berat seolah olah anak harus menanggung kewajipan ibu bapa sewaktu hidup.

    Sekadar berkongsi.

    3

    0
  8. wekkkkkkk says:

    alahai senang citer mcm nilah.

    kalau kamu seorg anak yg berkemampuan, hantar jelah ke Mekah sebelum ibubapa meninggal…sbb ibubapa kamu tiada harta. Harta yg kamu dpt skrg ini adalah hasil dri titik peluh mereka “menyekolahkan kamu”.
    Lainlah kalau kamu x ada “niat”.

    kalau ibubapa kamu org yg ssh sentiasa x cukup wang, tpi tanah byk berekar2, lpas tu x smpat atau x ada niat, maka bila ibubapa kamu meninggal, jual je tanah, hajikan mereka.

    Mmg byk org yg belum pergi Mekah walaupun tanah byk berekar2, sbb “niat” x ada…bila meninggal, anak yg ” senyum lebar”..

    Yg penting niat org ckp.., mcm citer “tukang bubur naik haji”..niage bubur je..tapi ada niat..

    4

    0
    • wekkkkkkk says:

      byk mcm ni ye..kisah kt kpg2.
      Mereka hajikn ibubapa atau tak, entahlah.
      mcm aku x berapa mmpu skrg ni, insyALLAH nnti mak aku naik haji dgn kakak , aku cuma bagi duit belanja utk mak je (adalah rm……) ..semua bayaran haji kakak kata dia byr.

      1

      0
  9. DIA says:

    saya buat dengan tabung haji dgn kos RM3,000.00 & ada quotar sebanyak 3ribu sahaja, biasa TH buka untuk pendaftaran pada bulan rejab. seawal kul 7pg saya dah terpacak kat depan TH coz tuk dapatkan no… disebabkan quotar 3ribu tuk seluruh malaysia jew kan so kena lee p awal. pg tu semua tuk urusan upah haji, kerani kauter dah siap sedia & tepat jam 9pg pg baru urusan upah haji dibuka & kerani macam robot/mesin, laju gile diorang buat kerja coz nak rebut quotar tuu… awal2 lg pegawai bg sidiket taklimat, kita cuba rebut & kalau mana yg tak dpt tuu harap maaf & borang kena pulangkan balik.. alhamdulillah rezeki saya dpt buat upah haji arwah nenek..
    * seorang ahli boleh upah haji tuk seorang shj.

    0

    0

Leave a Comment

Optional