Hutang Dengan Penganjur Miss Grand Malaysia, Mahkamah Arah Sajat Bayar Lebih RM111 Ribu

Hiburan

Hutang Dengan Penganjur Miss Grand Malaysia, Mahkamah Arah Sajat Bayar Lebih RM111 Ribu

Usahawan sensasi, Nur Sajat sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila pengarah syarikat Introducing Talent Sdn Bhd iaitu Jude Benjamin Lisa & Joshua O’Neill mengeluarkan kenyataan media mendedahkan keputusan kes mahkamah berhubung kes tajaan tidak berbayar.

Menurut laporan Murai, pada tahun 2019, syarikat dimiliki oleh Sajat menandatangani kontrak dengan Introducing Talent Sdn Bhd iaitu pemegang lesen dan penganjur Miss Grand Malaysia 2019 untuk jumlah tajaan lebih daripada RM70,000.

Advertisement

Namun, hanya 50% yang dibayar manakala selebihnya RM30,000 seperti dijanjikan untuk pemenang tidak pernah dilunaskan.

Menurut kenyataan media, Mahkamah Sesyen Shah Alam, Malaysia pada 8 Jun 2022, memutuskan memihak kepada Introducing Talent Sdn Bhd berhubung tajaan tidak berbayar berjumlah RM111,280.50.

Difahamkan, keputusan mahkamah itu berdasarkan bukti yang menunjukkan bahawa Nur Sajat Aesthetics Sdn Bhd tidak menunaikan bayaran jumlah tajaan penuh, termasuk hadiah kepada pemenang dan naib juara.

Malah, Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad turut tidak memulangkan semula pakaian tradisional bernilai RM3,500 untuk video promosi seperti yang diarahkan pihak penganjur.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Dia Dulu Budak Swatari.." - Tular Video Nur Sajat Berbaju Melayu Dalam 'MV', Netizen Puji 'Handsome'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai.my

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...