Hutan Amazon Terbakar Teruk, Kini Siang Kelihatan Seperti Malam

Kehidupan

Hutan Amazon Terbakar Teruk, Kini Siang Kelihatan Seperti Malam

Rata-rata dari kita masih tidak sedar bahawa banyak hutan di dunia sekarang sedang terbakar akibat masalah pemanasan global yang melampau.

Salah satu hutan hujan yang mengalami kebakaran teruk adalah Amazon, dan ianya adalah hutan tropika terbesar di dunia.

Advertisement


Hutan Amazon mengalami kebakaran teruk

Hutan hujan Amazon di Brazil mengalami peningkatan jumlah kebakaran tahun ini menurut data terbaru dari Institut Nasional untuk Riset Ruang (Inpe).

tahun ini peningkatan jumlah kebakaran sangat teruk

Inpe menyatakan data satelit menunjukkan peningkatan kebakaran 84% pada tahun ini dari tahun 2018.

Tetapi menurut seorang pengguna Twitter, @maranamba mengatakan hutan Amazon telah terbakar selama 16 hari dan tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh kerajaan dan juga media.

Kebakarakan ini bukan hanya membahayakan hutan tetapi nyawa manusia dan haiwan juga terancam.

Kini di Twitter Tanda palang #PrayforAmazonia juga sedang berlegar memenuhi ruang media sosial hingga mencecah 1.3 juta.

haiwan terancam kerana kebakaran hutan

Apa yang mengejutkan asap kebakaran hutan Amazon juga boleh dilihat dari angkasa yang dilaporkan oleh NASA dan NOAA setelit dari angkasa lepas.

asap kebakaran boleh dilihat dari angkasa lepasa menurut NASA

Oleh kerana kepulan asap yang tebal, awam menjadi gelap pada waktu siang di bandar besar iaitu bandar terbesar Brazil, Sao Paulo pada Isnin.

Bandar Brazil pada waktu siang kelihatan seperti malam

Kini bandar Brazil kelihatan seperti malam dengan kepulan asap yang bakal membahayakan nyawa semua orang.

Kepulan asap yang tebal sebabkan bandar jadi seperti malam

Pada minggu lepas sahaja, jerebu kuat melanda dan Amazon terpaksa mengistiharkan darurat menurut Euro News.

Sumber: New York Post, Vox & Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...