Rata-rata dari kita masih tidak sedar bahawa banyak hutan di dunia sekarang sedang terbakar akibat masalah pemanasan global yang melampau.
Salah satu hutan hujan yang mengalami kebakaran teruk adalah Amazon, dan ianya adalah hutan tropika terbesar di dunia.
Hutan hujan Amazon di Brazil mengalami peningkatan jumlah kebakaran tahun ini menurut data terbaru dari Institut Nasional untuk Riset Ruang (Inpe).
Inpe menyatakan data satelit menunjukkan peningkatan kebakaran 84% pada tahun ini dari tahun 2018.
Tetapi menurut seorang pengguna Twitter, @maranamba mengatakan hutan Amazon telah terbakar selama 16 hari dan tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh kerajaan dan juga media.
so for those who are not Brazilian and arrived at the tag, the Amazon is on fire for 16 SIXTEEN days and there was no government or media actions on it. the fire is not just over the forest but the lives of people and animals! #PrayforAmazonia pic.twitter.com/mYgxYxveqe
— nambita (@maranamba) August 20, 2019
Kebakarakan ini bukan hanya membahayakan hutan tetapi nyawa manusia dan haiwan juga terancam.
Kini di Twitter Tanda palang #PrayforAmazonia juga sedang berlegar memenuhi ruang media sosial hingga mencecah 1.3 juta.
Apa yang mengejutkan asap kebakaran hutan Amazon juga boleh dilihat dari angkasa yang dilaporkan oleh NASA dan NOAA setelit dari angkasa lepas.
Oleh kerana kepulan asap yang tebal, awam menjadi gelap pada waktu siang di bandar besar iaitu bandar terbesar Brazil, Sao Paulo pada Isnin.
Kini bandar Brazil kelihatan seperti malam dengan kepulan asap yang bakal membahayakan nyawa semua orang.
Pada minggu lepas sahaja, jerebu kuat melanda dan Amazon terpaksa mengistiharkan darurat menurut Euro News.
Sumber: New York Post, Vox & Twitter