Pelakon dan model Husna Mustaffa baru-baru ini sibuk mengeluarkan produk terbaharu untuk perniagaannya. Namun, Husna juga tetap mahu bergiat sebagai pelakon selepas hampir semua pelakon kembali berada di lokasi penggambaran tanpa henti sebaik kebenaran melakukan penggambaran dibenarkan kerajaan sejak Julai lalu.
Husna atau nama sebenar Sharifah Husna Syed Mustaffa berkata memandangkan semua urusan dah dibenarkan dan semua sektor pekerjaan dah dibuka, dia sedang menyiapkan production baharu untuk butik pakaian miliknya.
Pelakon drama Isteri Tuan Ihsan itu menjelaskan sudah hampir setahun dia tidak mengeluarkan koleksi baharu. Sebelum ini butik miliknya itu hanya keluarkan baju, tetapi kali ini dia bercadang untuk mengeluarkan koleksi tudung sekali.
Itu saja yang saya buat untuk masa ini. Saya akan mula sibuk dengan lakonan tahun depan. Dalam pada itu saya menunggu tawaran sementara berbaki beberapa bulan yang ada untuk masuk ke tahun depan
Husna, 34, mengakui, beberapa produksi pernah bertanyakan jadualnya untuk penggambaran, namun tiada rezeki untuk berlakon.
Bila hantar nama pada stesen TV mereka senyap saja. Mungkin bukan rezeki saya. Ada yang tawarkan, tapi jadual bertembung pula. Jadi, saya fokus pada perniagaan dulu.
Husna mengakui bahawa dia kebanyakannya ditawarkan watak sama dalam setiap drama. Sama ada menjadi watak pembantu peribadi bos atau watak yang agak baik, lembut dan sopan. Baginya, watak-watak itu agak mudah untuknya kerana tidak jauh daripada personalitinya yang sebenar.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.