Husbaby Take Note, 5 Cara Berkesan Pujuk Pasangan Ketika Mood ‘Swing’!

Branded

Husbaby Take Note, 5 Cara Berkesan Pujuk Pasangan Ketika Mood ‘Swing’!

Perselisihan faham serta ‘mood swing’ adalah sebahagian daripada lumrah dalam membina hubungan yang positif. 

Maklumlah, kadang-kadang pada asalnya niat sebenar adalah untuk bermanja-manja dan dapatkan perhatian saja, namun disebabkan pasangan tak dapat ‘signal’ tersebut, terus mood swing betul tak? Dah satu hal nak kena pujuk…

Haa, para lelaki kat luar sana yang masih keliru apa yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan situasi ini, jangan risau sebab kami nak share 5 cara mudah untuk pujuk dan cairkan hati pasangan!

1.Jadi pendengar yang baik & setia!

Cara pujuk pasangan

Mengadakan masa untuk mendengar isi hati dan perasaan pasangan adalah salah satu cara terbaik untuk menunjukkan kepada mereka bahawa anda menyayangi dan sentiasa ada untuk mereka. 

Jadi, bila pasangan tengah ‘mood swing’ atau merajuk, apa yang anda perlu buat adalah sentiasa berada di samping mereka dan mendengar cerita mereka. 

Paling penting, jangan cuba selesaikan masalah atau mengganggu cerita mereka, hanya perlu beri perhatian sepenuhnya dan beri tindak balas yang sewajarnya! Confirm lepas bercerita, mereka akan berasa lega dan lebih menghargai anda!

2. Melakukan ‘small gesture’

Wanita ni sangat sensitif tau dan bagi mereka perkara-perkara ‘small gesture’ seperti membukakan pintu, bantu membawa beg dan mengucapkan terima kasih pun dah dapat cairkan hati mereka. Jadi, perbanyakkan lah small gesture ya! 

3. Beri perhatian pada perkara kecil

Cara pujuk pasangan

Kalau anda nak tahu, secara umum, wanita lebih cenderung untuk rasa bahagia dan gembira apabila pasangan memberikan perhatian pada perkara-perkara kecil tentang mereka tau! 

Sebagai contoh, anda membeli kopi mengikut resepi yang pasangan anda pernah beritahu di awal perkenalan. Haa, dengan cara ini, confirm mood mereka akan baik-baik saja!

4. Hargai pasangan seadanya

Untuk para lelaki yang masih belum tahu, kebanyakkan wanita sangat suka untuk mendapatkan jaminan(assurance) daripada anda tentang diri mereka.

Jadi, untuk membuatkan mereka sentiasa bahagia adalah menghargai mereka dengan cara memuji masakan, pemakaian serta memberikan kata-kata semangat untuk mereka!

5. Belikan hadiah

Cara pujuk pasangan

Membeli hadiah untuk pasangan BUKAN perkara materialistik ya guys. Sebaliknya, ia adalah salah satu cara untuk menunjukkan kepada mereka bahawa anda sentiasa menganggap mereka istimewa!

Sebagai contoh, anda boleh beri hadiah seperti bunga atau coklat atau apa sahaja yang boleh menceriakan hari mereka. 

Alang-alang tengah cakap tentang hadiah ni, apa kata hari ni anda belikan Pejoy untuk kesayangan, mesti mereka akan tersenyum lebar!

Nikmati Kelazatan Coklat Belgian & Vanila Susu Hokaido Pada Setiap Gigitan!

Pejoy Biskut Batang

Mesti anda tertanya-tanya kan apa itu Pejoy? Untuk pengetahuan, Ia merupakan biskut batang elegan yang mempunyai inti penuh dengan krim yang lazat tau! Perghh, macam sedap je…

Memang sedap pun dan kalau anda belum cuba lagi, anda wajib dapatkan satu! 

Menariknya, krim di dalam biskut batang Pejoy ini diperbuat dengan bahan-bahan yang premium serta mempunyai pelbagai perisa yang bukan saja lemak berkrim, malah anda dapat menikmati keenakan pada setiap gigitan tau! 

Pejoy Coklat Belgian dan Susu Vanila Hokaido

Baru-baru ini, Pejoy memperkenalkan dua perisa baru yang cukup premium iaitu Pejoy Belgian Chocolate & Hokkaido Vanilla Milk. 

Pejoy Coklat Belgian dan Susu Vanila Hokaido

Kalau anda nak tahu, setiap biskut batang rangup ini diisi dengan krim diperbuat daripada perisa Susu Vanilla Hokkaido serta perisa premium Coklat Belgian yang dihasilkan daripada coklat asli Belgian tau. Wah, setiap gigitan confirm puas!

Jadi, anda tunggu apa lagi, dapatkan perisa baru Pejoy ni sekarang dan berikan kepada pasangan anda! 

Psst, jangan bagi Pejoy ketika pasangan sedang merajuk atau ‘mood swing’ saja tau! Anda boleh nikmati biskut batang Pejoy dengan pasangan pada bila-bila masa.

Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial Pejoy di Facebook dan Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...