Hun Haqeem ‘Patah Hati’ Cinta Bertepuk Sebelah Tangan? Eah Dah Kenapa Pula Ni?

Branded

Hun Haqeem ‘Patah Hati’ Cinta Bertepuk Sebelah Tangan? Eah Dah Kenapa Pula Ni?

Takde angin takde ribut, mana pula datang gosip Hun Haqeem bercinta ni? Ramailah wanita bakal patah hati macam ni.

Tapi no worry guys, daripada ‘sumber’ yang kami terima katanya cinta Hun Haqeem ni bertepuk sebelah tangan? Hmmm… Nak sedih ke kesian macam ni?

Naziah Wanita Pertama Tolak Cinta Jejaka Hot Malaya? Siapa Naziah?

Sabar Huniverse semua….

Naziah ni sebenarnya Qistina Khaled la, gandingan Hun Haqeem yang memegang watak Ajib dalam Mini Siri Romantik, Ke Kodiang With Love kolaborasi Ribena dan Astro Gempak.

Kalau korang nak tahu, mini siri ni dah ditayangkan sepanjang hari raya yang lalu di saluran Astro Gempak.

Ajib Pendam Cinta Terhadap Naziah Dalam Ke Kodiang With Love

(Kredit Astro Gempak)

Mana yang tak tengok lagi mini siri Ke Kodiang With Love, ni kami recap sikit. Kisahnya bermula dengan Ajib yang simpan rasa cinta terhadap Naziah sejak zaman sekolah, terjumpa semula dengan crushnya sejurus selesai sembahyang terawih.

Nak dijadikan cerita, kereta Naziah ni pula rosak dan Ajib yang gentleman ni pun tawarkanlah nak tumpangkan Naziah balik. Bukan setakat balik rumah, malah balik kampung Kodiang. Romantiknya!

Ajib ingat dapatlah dia berdua sampai kampung, tapi rupanya adik Naziah pun ada kacau daun.

Sampai kat Kodiang pula, kekasih lama Naziah, Johan sibuk nak ‘rampas’ Naziah. Siap bawa kek Ribena datang pagi raya.

Kesian Ajib…..

Adakah kisah cinta Ajib terhadap Naziah bakal terkubur begitu saja?

Tonton Final Ke Kodiang With Love Bersama Hun Haqeem. Awww!!!

Kami tengok komen ramai yang menantikan sambungan Ke Kodiang With Love ni. Korang tau tak, yang korang sebenarnya berpeluang menyaksikan finale mini siri romantik ni bersama Hun Haqeem?

Siapa tak nak? Hun Haqeem kot!!

Ada syaratnya, kalau korang nak jadi yang bertuah ni, korang kenalah beli produk Ribena dulu. Ikut cara di bawah kalau nak menang:

Langkah 1: Beli produk Ribena, minimum RM5 dalam satu resit

Langkah 2: Kira berapa kali produk Ribena muncul dalam keseluruhan 4 episod drama

Langkah 3: Whatsapp resit & jawapan anda ke 011-16894543

50 pembelanja tertinggi akan mendapat sepasang PAS EKSKLUSIF menyaksikan episod finale Ke Kodiang With Love bersama Hun Haqeem.

Peraduan akan berlangsung sehingga 30 Jun 2024. Pastikan korang tak terlepas okay!

Pada yang tak tengok lagi, layan mini siri romantik Ke Kodiang With Love di SINI.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...