Mendedahkan dirinya mula diganggu oleh peminat yang bersikap keterlaluan, pelakon baharu yang sedang mencipta nama, Hun Haqeem dedah sering kali menerima gangguan berunsur lucah daripada peminat wanita dan lelaki.
Lebih perit, pengurusnya juga tidak ketinggalan diganggu dengan panggilan video oleh golongan ini yang dikhabarkan terlalu menggeletis mahu bersemuka dengannnya.
“Ada yang menghantar gambar lucah. Perempuan ada, lelaki pun ada. Pengurus saya pula diganggu dengan panggilan video oleh mereka yang ingin bercakap dengan saya.”
Biarpun diganggu dengan perkara seperti itu, Hun kini dikhabrakan enggan melakukan sebarang tindakan lanjut.
“Saya hanya buat bodoh sahaja. Setiap kali perkara terbabit terjadi kepada saya, perkara terbaik yang boleh saya buat adalah untuk tidak melayan mereka.”
Ujar Hun, bertindak mengabaikan perkara tersebut merupakan salah satu langkah terbaik buat dirinya menempuh masalah tersebut.
“Kalau saya pertikaikan perkara itu pun, ia akan menyebabkan perbalahan. Lagilah mereka suka sebab kita dah beri perhatian kepada mereka dan lagilah mereka akan buat. Jadi, lebih baik saya diam dan buat bodoh.”
Untuk rekod, Hun merupakan jejaka yang dikenali dengan watak Jekfer dalam drama komedi bersiri Kampung People. Dalam perkembangan lain, Hun kini dikatakan semakin sibuk di lokasi penggambaran drama komedi itu yang kini bakal memasuki musim kedua tidak lama lagi.