Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hulur Barang Makanan Dan Wang Tunai, Neelofa Bantu 70 Keluarga Terkesan PKP

Neelofa

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa memberitahu bahawa dia ada menerima banyak permohonan bantuan daripada golongan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Penuh ketika ini.

Justeru itu, isteri kepada PU Riz ini tampil meringankan beban mereka di luar sana di mana dia turut bekerjsama dengan Pertubuhan Kasih Neelofa di bawah kelolaannya.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Perkara tersebut dikongsikan Neelofa menerusi sebuah hantaran di Instagram Storynya untuk pengetahuan peminat.

“Sebelum ini kami hulurkan bantuan kepada komuniti dan rumah-rumah perlindungan. Tetapi memandangkan keadaan semaki teruk, Pertubuhan Kasih Neelofa akan mengenal pasti penerima bantuan individu. Kami terima terlalu banyak permohonan.”

Dia dalam pada itu turut menambah akan membantu kira-kira 70 buah keluarga yang memerlukan.

Advertisement
IG Story NeelofaSumber : Instagram Neelofa  
IG Story NeelofaSumber : Instagram Neelofa  

Bantuan yang dihulurkan adalah berupa makanan dan juga wang tunai.

“Insya-Allah minggu ini kami akan sampaikan kepada 70 buah keluarga yang betul-betul memerlukan dan sangat terjejas. Kami akan hulurkan bantuan barang makanan dan wang tunai.” tulisnya lagi.

Terdahulu, Neelofa ada mengambil inisiatif peribadi dengan menyalurkan sumbangan iaitu kelengkapan katil pesakit kepada Hospital Melaka.

BACA: “Tulis Dalam Buku Nota Dan Minta Pada Allah..” Neelofa Kongsi Tips Kekal Positif Ketika Pandemik

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Tak minat neelofa tapi suka beli produk dia

    July 2, 2021 at 7:33 am

    tajuk pon.. bukanlah neelofa yg bagi ye. tlg betulkan.. pertubuhan kasih neelofa tu duit org ramai. tulis jela pertubuhan kasih neelofa daripada sumbangan org ramai bantu 70 keluarga yg terkesan.. apeke bodohhh

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top