Sedia maklum, satu suntingan video teknologi AI yang memaparkan beberapa watak rekaan berada di dalam ‘Neraka’ sambil menggambarkan azab akhirat di sana mendatangkan rasa marah orang ramai yang beragama Islam.
Jadikan azab neraka sebagai bahan jenaka
Boleh dikatakan, video tersebut kini tular di TikTok dengan memaparkan watak lelaki dalam suasana azab api neraka sambil mengeluarkan kenyataan ‘kalian yang masih melakukan dosa, nanti jumpa saya (di Neraka).’
Susulan tular di platform media sosial, ia telah menarik perhatian pendakwah dikenali ramai, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan dia telah memberi teguran keras terhadap konten tersebut.
UAI beri teguran keras!
Kata UAI, mana-mana individu beragama Islam yang mempermainkan azab akhirat atau hina menghina, dia boleh terkeluar daripada agama Islam.
Kalau dia orang Islam, jadi kafir Laknatullah kerana meringankan janji dan azab Allah hukumnya Murtad. Haram ditanam kubur Islam jika mati, kalau ditanam wajib digali dan dibuang dalam hutan.
Dalam pada masa yang sama, pendakwah itu memberi pesanan untuk tidak menjadikan hal-hal agama sebagai bahan jenaka serta menekankan azab neraka bukanlah sesuatu perkara yang ringan, lagi-lagi dipermainkan secara terbuka di platform media sosial.
Menganjing boleh, tapi pada benda yang patut. Dengan agama tak boleh.