“Hukuman Rotan Masih Dibenarkan Di Sekolah Tetapi Perlu Ikut SOP”- NUTP

Trending

“Hukuman Rotan Masih Dibenarkan Di Sekolah Tetapi Perlu Ikut SOP”- NUTP

Susulan kes seorang ibu menampar guru anaknya dipenjara 6 bulan selepas disabitkan bersalah, kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bimbang keputusan kes mahkamah itu akan merenggangkan hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah, lapor Free Malaysia Today.

Presiden NUTP, Kamarozaman Abd Razak berkata, walaupun perkara itu nampak kecil, tetapi bila sudah dijatuhkan hukuman menyebabkan ibu bapa akan menyokong ibu bapa. Hubungan ibu bapa dengan guru itu juga akan menjadi negatif.

Advertisement

“Zaman dahulu ibu bapa memberikan kerjasama. Sekarang dia terlalu membela anak-anaknya. Kadang-kadang pelajar ada sesetengahnya yang hiperaktif dan macam-macam lagi perangai.

“Kalau dia betul-betul sebagai ibu bapa, dia mesti menyokong guru dan bukan menyokong anaknya 100%. Bila dah rasa marah, jadi dia tamparlah guru itu. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Kamarozaman juga menasihatkan guru-guru di sekolah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mendisiplinkan pelajar dan mengikut garis panduan Kementerian Pendidikan yang tidak membenarkan beberapa jenis hukuman ke atas murid.

“Menyentuh seperti mencubit adalah tidak dibenarkan oleh kementerian. Sebab itu ada guru yang pulas telinga itu dikenakan tindakan.

“Hukuman merotan masih dibenarkan. Jadi guna undang-undang yang sedia ada. Biar pengetua ambil tindakan. Pengetua sahaja yang berkuasa di sekolah,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...