Hukuman Penjara PU Azman Ditambah 14 Bulan, Mengaku Bersalah Buat Keluc*han Melampau

Berita

Hukuman Penjara PU Azman Ditambah 14 Bulan, Mengaku Bersalah Buat Keluc*han Melampau

Pendakwah selebriti, PU Azman dilaporkan telah dijatuhkan hukuman penjara tambahan sebanyak 14 bulan setelah dia mengaku bersalah melakukan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki dua tahun lalu.

Sebelum ini,PU Azman telah dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang atas pertuduhan bersalah kerana melakukan amang seksual terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun pada 27 September lalu.

Advertisement

Dia juga didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki lain berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek kira-kira jam 9.15 malam, 10 jun lalu.

Peguam mewakili PU Azman, Fahmi Adilah dalam sesi mitigasi memaklumkan anak guamnya itu sudah insaf dan menyesal di atas perbuatannya selain berjanji untuk menjadi seorang warganegara yang baik dan berguna.

Anak guam juga memohon maaf kepada pengadu terlibat, kerajaan Malaysia khususnya Polis Diraja Malaysia dan mahkamah yang mulia ini kerana mengambil masa ketika perbicaraan berlangsung (sebelum representasi diterima Jabatan Peguam Negara).

Pengakuan salah ini didorong oleh faktor keinsafan tertuduh. Justeru dengan rendah diri dan harapan yang tinggi berharap mahkamah memberikan hukuman yang minimum.

PU Azman kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 27 September lalu atas kesalahan di atas.

Rasyidah Murni Adzmi selaku Timbalan Pendakwa Raya menegaskan bahawa PU Azman yang bergelar pendakwa selebriti tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu.

Pengakuan salah bukan salah satu sebab untuk diberikan diskaun (hukuman) kepada tertuduh. Faktor keringanan hukuman yang ringan bukan faktor mitigasi yang boleh dipandang enteng oleh mahkamah sebaliknya perlu mengambil kira keseriusan kesalahan dan kepentingan awam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Stacy nafi lagu menyala sindir
5 days ago

"Tiada Kena-Mengena, Lagu 'Menyala' Tak Sindir Sesiapa" - Stacy Anam

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...