Pendakwah selebriti, PU Azman masih menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen susulan pendakwah itu didapati bersalah atas kes amang seksual.
Pengakuan bersalah Azman atau nama lengkapnya Azman Syah Alias terhadap beberapa lagi pertuduhan membabitkan kes serupa telah menimbulkan kekeliruan tentang jumlah hukuman yang dikenakan terhadapnya.
Menurut Mstar, peguam yang mewakili PU Azman, Fahmi Adilah tampil menjelaskan pendakwah tersebut hanya akan menjalani hukuman penjara selama 24 tahun.
Walaupun PU Azman mengaku bersalah terhadap beberapa lagi pertuduhan, namun kesemua hukuman itu akan berjalan secara serentak sejak kes pertama selepas dia didapati bersalah iaitu pada 27 September lalu.
Peguam itu turut menjelaskan bahawa hukuman sebatan yang akan dikenakan terhadap pendakwah selebriti itu akan dijalankan secara berasingan.
Setakat ini, hukuman penjara (dikenakan terhadapnya) 24 tahun, yang lain-lain seperti 14 bulan serta tujuh dan enam tahun itu berjalan serentak dan ia bukan secara berasingan.
Sebatan pula ketika ini lima kali sebatan.
Peguam itu turut memberitahu pihaknya akan membuat rayuan terhadap hukuman penjara 24 tahun yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Klang pada 27 September yang lalu.