‘Hukuman Mati Mandatori Di Malaysia Dimansuhkan’ – Wan Junaidi

Berita

‘Hukuman Mati Mandatori Di Malaysia Dimansuhkan’ – Wan Junaidi

Lapor Berita Harian, kerajaan Malaysia bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini, dan hukuman gantian adalah tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Maklum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, keputusan itu dicapai sebulat suara susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori.

Advertisement

Ujarnya, kerajaan juga menerima dan mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang terdapat dalam laporan kajian itu.

Hukuman gantian itu adalah tertakluk kepada 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), serta 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut berkongsikan kenyataan Wan Junaidi itu menerusi akaun Twitter miliknya, sebentar tadi.

“Kabinet bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia. Undang-undang berkaitan akan dipinda.” tulis Khairy di Twitter.

pakej katering tipu scam
6 bulan lalu

'Scam' Bakal Pengantin Hampir RM53k, 'Wedding Planner' Ditahan Polis Lepas Tukar Nama Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...