Hukuman Mati Bagi 33 Kesalahan Dimansuhkan, Perlu Atau Tidak?

Trending

Hukuman Mati Bagi 33 Kesalahan Dimansuhkan, Perlu Atau Tidak?

Sebelum ini beberapa kali kerajaan menyatakan hasrat dan cadangan untuk memansuhkan hukuman mati untuk kesalahan-kesalahan yang dilakukan di Malaysia.

Antara alasan yang diutarakan untuk memansuhkan hukuman mati ini ialah kerana tak mahu orang yang tak bersalah menjadi mangsa. Ramai pihak terutamanya orang awam tidak bersetuju dengan idea ini dan mereka menganggap ini keputusan yang tidak adil untuk mangsa dan keluarga mangsa.

Advertisement

Sumber: Sinar Harian

Dan hari ini, jemaah menteri memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah 8 akta dimansuhkan, termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata keputusan yang dicapai secara kolektif pada 10 Oktober lalu, turut merangkumi:

  • Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971)
  • Akta Senjata 1960
  • Akta Penculikan 1961
  • Akta Angkatan Tentera 1972
  • Akta Industri Perkhidmatan Air 2006
  • Akta Perdagangan Strategik 2010
  • Akta Dadah Berbahaya 1952.

Memorandum jemaah menteri telah diedarkan kepada semua kementerian berkaitan untuk mendapatkan ulasan dan pandangan orang awam mengenai keputusan kerajaan itu.

Untuk pengetahuan anda, ada dua jenis hukuman mati di bawah undang-undang negara kita. Jenis pertama adalah hukuman mati mandatori, iaitu ditetapkan oleh akta tertentu dan hakim bicara tidak ada pilihan dan budi bicara lagi selain menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah setelah dia disabitkan. Jenis kedua adalah hukuman mati mengikut budi bicara hakim, iaitu setelah hakim meneliti segala fakta dan hal keadaan sesuatu kes itu.

Mengikut maklumat yang tertera dalam portal https://deathpenaltyinfo.org, terdapat 106 negara yang langsung tiada hukuman mati dalam undang-undang mereka bagi semua kesalahan (negara-negara ini dipanggil abolitionists), manakala negara yang masih mengekalkan hukuman mati dalam undang-undang mereka berjumlah 56 sahaja (negara-negara ini dipanggil retentionists). Malaysia tersenarai dalam kelompok negara retentionists ini.

Salah satu kes kejam yang menimpa seorang bayi berusia 11 bulan baru-baru ini menjadikan orang ramai semakin berang dan tidak bersetuju dengan pemansuhan hukuman mati kepada penjenayah terutamanya yang melibatkan kes-kes kejam seperti ini.

Minggu lalu, ahli keluarga mangsa kes-kes pembunuhan berprofil tinggi mendesak kerajaan tidak memansuhkan hukuman mati mandatori kerana ia didakwa tidak adil dan hanya akan menyumbang kepada peningkatan kes jenayah berat di negara ini.

Kes itu membabitkan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya; timbalan pendakwa raya, Datuk Anthony Kevin Morais dan pegawai bank, Wong Jing Kui.

Mereka berkata, orang lain perlu merasai sendiri derita dan keperitan yang dialami oleh ahli keluarga mangsa dan mengatakan pemansuhan itu akan meningkatkan kadar jenayah di negara ini.

Menurut bekas Peguam Persekutuan, Salleh Buang, kerajaan hendaklah melalui satu proses public engagement contohnya mendengar suara hati rakyat menerusi satu referendum. Pandangan ahli keluarga mangsa jenayah yang dilakukan oleh pesalah perlu juga diminta dan diambil kira.

Harap keputusan yang dibuat kerajaan dapat memberikan hak yang adil dan saksama untuk semua.

Sumber: Bernama, Berita Harian & Utusan

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...