Hukuman Lebih Berat Mungkin Akan Diberikan Kepada Pemandu Mabuk

Trending

Hukuman Lebih Berat Mungkin Akan Diberikan Kepada Pemandu Mabuk

Kejadian kemalangan maut yang melibatkan pemandu mabuk ketika ini semakin menjadi-jadi. Oleh itu, satu sesi taklimat di Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk meneliti dan menyemak semua cadangan berkaitan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan diadakan pada 1 Jun ini.

Difahamkan, pindaan akta itu khususnya adalah untuk memperketatkan dan menambah hukuman sedia ada terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol, dadah, memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan atau meragut nyawa pengguna jalan raya lain.

Advertisement

Untuk pengetahuan anda, individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol ketika ini akan didakwa di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.

Gambar Hiasan

Berikutan itu, ramai pihak menuntut ‘hutang nyawa seharusnya dibayar dengan nyawa’,  segala keputusan akan dibuat dengan mengambil kira pandangan orang ramai melalui kajian soal selidik. Hal ini dikatakan untuk mendapatkan pembelaan kepada mangsa korban kemalangan maut serta menegakkan keadilan untuk keluarga mangsa.

Pakar kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata peningkatan kes kemalangan maut yang disebabkan pemandu mabuk sejak kebelakangan ini memerlukan kerajaan melakukan tindakan drastik, dengan menggubal undang-undang yang lebih tegas untuk menghukum pesalah tersebut. Hal ini kerana undang-undang sedia ada mungkin dilihat terlalu ringan bagi mereka.

“Jangan beri peluang kedua kepada pelaku.”

Selain itu, cadangan kerajaan untuk meminda Akta tersebut juga turut disambut baik oleh Pensyarah Kanan Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Madya Dr Noor Azlan Mohd Noor. Beliau menyarankan agar satu tindakan ‘ad hoc’ diambil terhadap pesalah sedia ada sementara menunggu hukuman dan akta sedia ada dipinda kepada yang lebih tegas.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber: (1)(2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...