Hukuman Lebih Berat Menanti Pemandu Mabuk Sekiranya Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 Diluluskan

Trending

Hukuman Lebih Berat Menanti Pemandu Mabuk Sekiranya Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 Diluluskan

Pemandu yang didapati memandu dalam keadaan mabuk bakal berdepan denda sehingga RM150,000 serta penjara sehingga 20 tahun sekiranya pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan di Parlimen.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyatakan, jemaah menteri sebelum ini telah melakukan beberapa pindaan berhubung kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

Advertisement

“Jemaah Menteri pada 24 Jun 2020 lalu, telah pun bersetuju secara dasarnya untuk meminda Seksyen 41 hingga 45 secara khusus untuk kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara melulu.”

Di bawah Seksyen 44 kerajaan bercadang meningkatkan tempoh penjara maksimum dari 10 tahun  kepada 15 tahun untuk kesalahan pertama dan 20 tahun untuk kesalahan berikutnya.

“Kadar denda yang dicadangkan untuk dinaikkan dari maksimum RM20,000 kepada RM100,000 untuk kesalahan pertama dan RM150,000 untuk kesalahan berikutnya.”

Jemaah Menteri turut bersetuju melanjutkan tempoh penggantungan lesen dariapada 10 tahun kepada 20 tahun. Pesalah turut berhadapan hukuman penjara jika sabit kesalahan.

Kerajaan kini turut mempertimbangkan penurunan kadar alkohol dibenarkan di dalam badan mengikut syor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pindaan itu meliputi pengurangan dari 35 mikrogram alkohol kepada 22 mikrogram alkohol dalam 100 ml nafas, 80 miligram alkohol kepada 50 miligram alkohol dalam 100 ml darah atau 107 miligram alkohol kepada 67 miligram alkohol dalam 100 ml air kencing.

Tegas Wee Ka Siong, jalan raya tidak boleh dibiarkan menjadi ‘jalan maut’ dan pemandu mabuk yang telah menyusahkan pengguna jalanraya lain haruslah dibendung segera.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...