Melalui laporan Malaysia Kini, Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mencadangkan agar pemandu cuai hingga menyebabkan kematian perlu membayar pampasan dan berpuasa dua bulan berturut-turut.
Susulan itu, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Muhamad Rozaimi Ramle menyokong pandangan Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil berkaitan perkara sama.
Difahamkan, cadangan itu mula menjadi perhatian selepas berlakunya nahas bas pada 9 Jun lalu yang mengakibatkan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban akibat kecuaian pemandu bas ketika itu.
Ini adalah antara jaminan yang disediakan oleh hukum Islam kepada waris si mati. Bagi pemandu yang cuai, mereka seharusnya diwajibkan berpuasa selama dua bulan berturut-turut sebagai pengajaran, bukan hanya untuk diri sendiri, tapi sebagai peringatan kepada orang lain agar lebih berhati-hati memandu.
Sebelum ini, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga mengeluarkan kenyataan yang sama kerana ia melibatkan nyawa manusia yang tidak bersalah dan tidak boleh dipandang ringan, lagi-lagi melibatkan kecuaian atas jalan raya.