Hukum Faraid: Penama Cuma Pemegang Amanah, Bukan Sebagai Pemilik Harta

Trending

Hukum Faraid: Penama Cuma Pemegang Amanah, Bukan Sebagai Pemilik Harta

Pengalaman saya dalam bidang saham amana ini, ada lagi kes client saya meninggal. Arwah berusia awal 30’an, meninggalkan seorang isteri, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Advertisement

Anak perempuan beliau dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana autism dan perlu menghadiri pendidikan khas.

Perbelanjaan bulanan untuk anak autism agak tinggi dan terpaksa dihantar ke private tuition. Isteri arwah bekerja sebagai kerani sahaja.

Isteri arwah menghubungi saya untuk menuntut semua duit pelaburan EPF di Public Mutual. Amaunnya tak banyak mana sebab baru melabur dalam RM20,000 sahaja.

Dia kata, duit yang ada di dalam EPF ada RM100,000 tetapi penama emak kepada ibu arwah dan mereka sudah mengambil duit tersebut.

Ibu arwah hanya memberikan RM5,000 kepada isteri arwah dan RM1,000 untuk setiap seorang anak-anak arwah. Dan kini, isteri beliau menuntut kesemua duit arwah suaminya dalam Public Mutual.

Saya nasihatkan dia untuk berbincang dengan ibu arwah. Walaupun ibu diletak sebagai penama, mereka tidak boleh mengambil kesemuanya.

Si isteri mengikut nasihat saya dan berjumpa dengan keluarga mertua. Malangnya ibu mertua enggan membahagikan duit itu.

Malah, dia menyuruh isteri arwah menuntut RM20,000 milik arwah di Public Mutual, dengan alasan, arwah merupakan anak bongsu yang dari bujang lagi telah meletakkan ibunya sebagai penama.

Lalu si ibu mertua menganggap duit itu adalah duitnya yang mana orang lain tidak boleh usik. Salah konsep ibu mertuanya itu. Kalau penama adalah isteri kena faraidkan juga.

Saya kiralah amaun sebenar yang sepatutnya dapat, RM120,000.

Bahagian ibu 1/6 = RM20,000
Bahagian ayah 1/6 = RM20,000
Bahagian Isteri 1/8 = RM15,000

Bakinya adalah untuk anak-anak dengan ratio 2:1, lelaki:perempuan. Anak lelaki dapat RM26,000 seorang bersamaan RM52,000 untuk dua orang. Anak perempuan dapat RM13,000.

Ibu beliau hanya layak mendapat RM20,000 sahaja. Akhirnya isteri arwah membuat laporan. Maka bergaduh mulutlah juga sehingga mereka terpaksa bersetuju dengan hukum faraid.

Sekiranya mereka menulis wasiat, isteri boleh mendapat 50% maksima harta sepencarian atas kelulusan mahkamah syariah.

Dan boleh wasiatkan untuk melantik penjaga kepada anak OKU itu jika isteri juga meninggal. Dan boleh membuat wish untuk disamaratakan pembahagian harta anak lelaki dan perempuan kerana kes OKU.

Contohnya:

Pengiraan dengan 50% harta sepencarian
60,000 dah dapat pada isteri harta sepencarian

60,000 1/8 = 7,500
Isteri akan dapat 67,500

By the way, ingatlah ye, isteri memang payah nak letak nama suami sebagai penama. Bimbang suami kahwin lagi time nak dapat duit. Tetapi letaklah nama ibu ke, adik beradik ke bila difaraidkan. Suami tetap akan mendapat bahagiannya.

Biarkan dia kahwin lain pun, mana tahu dapat madu secantik Neelofa ke. Bukan orang lain pun emak tiri kepada anak-anak kita juga kan? Boleh ke terima? Hehe!

Kalau rasa beri ilmu, sila share untuk panjangkan ilmu yang bermanfaat tentang faraid. Lebih 100 share, saya akan tulis lagi hak-hak yang selalu dipinggirkan.

Sumber : Shaari Anuar | PIXEL MEDIA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...